CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1179|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maahad tahfiz terbakar, penghuni terselamat

[Copy link]
Post time 27-11-2023 03:12 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kebakaran melibatkan Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran (Ma’hadul Azhar) di Jalan Pokok Sena, Kampung Banggul, Kepala Batas, Pulau Pinang pagi tadi.






KEPALA BATAS: Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran (Ma’hadul Azhar) di Jalan Pokok Sena, Kampung Banggul di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Difahamkan, seorang tenaga pengajar dan empat pelajar yang berada di lokasi  berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang menyebabkan 40 peratus bangunan itu musnah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 11.52 pagi.

Ujarnya, sekumpulan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Khairul Affendi Arifin bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas; BBP Tasek Gelugor dibantu BBP Bertam kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah maahad tahfiz dua tingkat dengan anggaran keluasan 9.3×7.4 meter persegi (100×80 kps).

“Kebakaran berlaku di tingkat dua bangunan terbabit dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 40 peratus.

“Tingkat bawah dijadikan rumah manakala tingkat atas adalah asrama pelajar dan tiada penghuni di bangunan tersebut semasa kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.21 tengah hari dan kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas beliau, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.  – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... enghuni-terselamat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040179 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list