CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 0

[Pulau Pinang] PDC tidak beri tanah kepada swasta untuk taman perindustrian

[Copy link]
Post time 27-11-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode
PDC tidak beri tanah kepada swasta untuk taman perindustrian

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
27 November 2023 10:08am








Kon Yeow



GEORGE TOWN - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak pernah memberikan tanah kepada pihak swasta untuk dibangunkan sebagai taman perindustrian.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia berikutan bank tanah perindustrian PDC terletak di lokasi yang strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur-pelabur kategori industri yang digalakkan (promoted industries).



Bagaimanapun kata beliau, PDC kini menghadapi kekangan untuk membangunkan kawasan perindustrian baharu yang dikenali sebagai Batu Kawan Industrial Park 2 (BKIP2) kerana faktor lokasi dan persekitaran yang tidak konduksif.

"Sehingga kini, PDC tidak pernah beri tanah kepada pihak swasta untuk dibangunkan sebagai taman perindustrian. Namun, PDC berhadapan dengan kekangan untuk membangunkan BKIP2 kerana faktor lokasi.



"Oleh itu, PDC berhasrat untuk berkolaborasi dengan syarikat swasta untuk membangunkan sebahagian daripada BKIP2 supaya mengurangkan risiko dan kos di pihak PDC," katanya.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Lim Guan Eng (DAP- Air Putih) berhubung tanah-tanah PDC yang diberikan kepada pihak swasta untuk dibangunkan semula sebagai tanah perindustrian untuk menarik pelaburan.

Tambah beliau, PDC telah berjaya membangunkan sembilan taman perindustrian di Pulau Pinang bagi memastikan ekosistem sektor perindustrian yang mampan mampu dicapai.
"Bagi merealisasikan matlamat ini, PDC akan terus memainkan peranannya sebagai peneraju pembangunan utama kawasan perindustrian di Pulau Pinang walau pun kini terdapat beberapa pemaju swasta yang turut terlibat dalam bidang ini.





"Berbekalkan pengalaman dan kemahiran selama lebih 50 tahun, PDC yakin bahawa kawasan perindustrian yang dibangunkan akan terus menjadi tumpuan pelabur asing dan tempatan," katanya.


Menjawab mengenai PDC akan tetap memainkan peranan utamanya membuka dan membangunkan tanah perindustrian sama ada dengan sendirinya atau secara usaha sama, Kon Yeow berkata, PDC akan membangunkan sendiri tanpa penglibatan pihakb swasta bagi kawasan-kawasan yang strategik.


"Cadangan kolaborasi dengan pihak swasta hanya bagi kawasan yang kurang strategik, berisiko tinggi dan kos yang tidak kompetitif," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.100773 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list