View: 1748|Reply: 7
|
Nor Hidayah Mohon Ali Puteh Langsaikan Hutang, Elak Isu Berlarutan
[Copy link]
|
|
Bekas kakak ipar Ali Puteh sekali lagi mengingatkan pelawak berkenaan untuk membayar wang saman sekali gus melenyapkan sengketa yang wujud di antara mereka berdua.
Nor Hidayah Mohd Ali, 31, berkata, dia bukan seorang yang tamak sebaliknya hanya mahu menuntut hak yang sepatutnya diberikan kepada anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun.
"Harapan saya cuma dia selesaikan apa yang perlu dia lunaskan dan kami akan buat haluan masing-masing.
"erkara ini sudah berlarutan dan dari pihak saya pun tidak mahu bermusuhan kerana Hamzah pun anak saudara dia juga.
"Saya mahu minta hutang saja. Hutang itu untuk anak saya bukan saya. Saya tidak tamak pun sebab saya pun ada harta kerana ada perniagaan sendiri," katanya ketika ditemu bual menerusi program Melodi pada Ahad.
Dalam pada itu, Hidayah memberitahu dia tidak mahu bermusuh dengan Ali dan turut mendoakan agar perniagaan yang diusahakan Ali terus maju.
Pun begitu, Hidayah mahu Ali secepatnya membuat pembayaran agar isu ini tidak berlarutan lebih panjang.
"Saya mahu yang terbaik kerana saya juga tidak mahu perkara ini terjadi. Saya tahu kalau arwah (suami) masih ada lagi mesti dia sedih kerana anak masih kecil lagi.
"Kalau boleh biarlah hubungan keluarga kami berbaik. Kepada adik ipar, Ali saya doakan perniagaan dia semakin berjaya.
"Bila dah berjaya bayar sahaja hutang saya kerana tidak mahu kes ini berpanjangan," ujarnya.
Sementara itu, peguam mewakili Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad memberitahu pihak mereka tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut susulan Ali masih lagi belum membuat sebarang pembayaran saman.
Ia disebabkan status Ali sebagai bapa saudara kepada Hamzah, namun tidak teragak-agak akan mengambil tindakan lanjut sekiranya pelawak itu gagal membayar saman.
"Kami juga tidak tahu kemampuan kewangannya bagaimana. Kami sebenarnya tidak mahu terlalu agresif mengambil tindakan kerana memandangkan dia masih lagi bapa saudara kepada Hamzah.
"Tapi sekurang-kurangnya dia ada usaha untuk cuba membayar kerana bayaran yang dibuat itu juga merupakan untuk anak saudaranya sendiri.
"Kami kalau boleh tidak mahu mengambil tindakan undang-undang lebih lanjut, tetapi kalau tidak ada pilihan lain, kami akan mengambil arahan lanjut untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya.
Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Baiknya la hidayah ni. Bayar je la ali. Jgn mkn harta anak yatim. Dosa besar |
|
|
|
|
|
|
|
Silap haribulan, berjodohan mereka ini |
|
|
|
|
|
|
|
BENTUK HIDONG dan bibir lebih kurang sama moga berjodohan.. ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
laa... pung pang berlagak si litam ni tak bayar juga ke.. memang oink oink lah litam |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tertengok gambar Hamzah tbaru....pesanan buat Dayah...minta tolonggg sangattt...tolong la...jangan biar Hamzah obesiti...tolonglah jaga makan minum anak tu...kesian dia...obesiti bukan untuk diwarisi
Tiada pesanan buat Alitam..<grrrrr> |
|
|
|
|
|
|
| |
|