CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2780|Reply: 0

[Perak] Bayi lelaki ditinggal dalam beg tepi longkang

[Copy link]
Post time 26-11-2023 01:54 PM | Show all posts |Read mode

Bayi lelaki dijumpai dalam beg di tepi longkang belakang malam tadi. FOTO IHSAN POLIS.

Manjung: Bayi lelaki dijumpai ditinggalkan dalam beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata insiden itu dimaklumkan oleh seorang lelaki berusia 45 tahun pada jam 8.15 malam.

Menurutnya, bayi malang itu sudah dihantar ke Hospital Seri Manjung dan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan serta pemantauan lanjut oleh pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Hasil pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.



"Polis sedang giat mengesan suspek dan waris bayi lelaki terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Nordin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa bertanggungjawab menjaga kanak-kanak di bawah umur kurang daripada 12 tahun, mendedahkan serta membuang kanak-kanak itu dengan niat.

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum dengan penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

"Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 bagi membantu siasatan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-beg-tepi-longkang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.037804 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list