View: 2475|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Remaja 'kantoi' beli nombor pendaftaran palsu dalam talian
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/261123polis1_1700974914.jpg)
ANTARA 50 motosikal yang disita atas pelbagai kesalahan. FOTO ihsan Polis
Bayan Lepas: Motosikal milik remaja lelaki berusia 16 tahun antara 50 yang disita dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi tadi, kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu.
Remaja yang menaiki motosikal Ysuku itu mempunyai lesen dan dikatakan membeli nombor pendaftaran berkenaan menerusi dalam talian di laman e-dagang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal, operasi berkenaan turut membabitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antara jam 2 pagi hingga 5 pagi tadi.
"Sebanyak 50 motosikal disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala satu motosikal disiasat mengikut Seksyen 108 APJ 1987 kerana memalsukan nombor pendaftaran.
"Sebanyak 144 saman juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan" katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -palsu-dalam-talian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|