CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2938|Reply: 0

[Terengganu] Jumlah mangsa banjir di Terengganu kembali meningkat

[Copy link]
Post time 26-11-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode

SEKUMPULAN kanak-kanak mengambil kesempatan bermain air dalam kejadian banjir di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI



KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan kepada 621 mangsa daripada 147 keluarga di tujuh daerah setakat pukul 8 pagi ini.

Ketika ini terdapat 12 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Terengganu iaitu tiga di Setiu, masing-masing dua di Marang,  Kuala Terengganu dan Dungun, serta satu di Kemaman, Besut dan Kuala Nerus.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, daerah Setiu yang sebelum ini telah bebas daripada banjir terpaksa membuka semula tiga PPS yang menempatkan 14 mangsa daripada tiga keluarga.

Menurutnya, mangsa tertinggi ketika ini ialah di daerah Kuala Terengganu iaitu 232 mangsa daripada 61 keluarga diikuti Besut iaitu 196 mangsa daripada 43 keluarga.

“Di Marang, terdapat 69 mangsa daripada 15 keluarga, Dungun (62 mangsa, 12 keluarga), Kuala Nerus (33 mangsa, enam keluarga) dan Kemaman (15 mangsa, empat keluarga).

“Ketika ini, cuaca di kebanyakan tempat adalah baik sekiranya  berterusan, mungkin terdapat PPS yang akan ditutup di beberapa kawasan.

“Kita sentiasa membuat tinjauan di beberapa lokasi yang berisiko banjir dan mangsa pula hanya akan dibenarkan pulang selepas kawasan rumah mereka benar-benar selamat,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.

Namun, dua sungai di daerah Setiu masih merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu  

Sungai Nerus di Kampung Bukit setinggi 11.48 meter (paras waspada 10.5 meter) dan Sungai Setiu di stesen bacaan Jambatan Permaisuri setinggi 7.97 meter (paras waspada 7.60 meter).

Selain itu di daerah Kuala Nerus, stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting juga masih melebihi paras waspada dengan bacaan 3.42 meter (paras waspada 3.2 meter). – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -kembali-meningkat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 1.423087 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list