CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3855|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kanak-kanak dicabul di PPS diberi kaunseling

[Copy link]
Post time 25-11-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode

NANCY berucap merasmikan sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Dua kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa cabul lelaki warga emas di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Nerus, Terengganu sudah diberikan kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kaunselor pihak berkenaan juga mengambil maklum mengenai kejadian itu dan pelakunya juga sudah ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Kita memang sentiasa ada kaunselor di situ (di PPS banjir) dan tanpa ada kes itu (kaunselor juga) memang memberi kaunseling sebab mereka berhadapan banjir apatahlah lagi mereka yang ada kes seperti itu (gangguan seksual).




Pegawai kita peka (dengan kejadian itu) sebab itu tindakan cepat diambil," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2023 di Dewan Hiliran Ampang di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya komited mempertingkatkan kesedaran mengenai anti gangguan seksual bagi memastikan kejadian sama tidak berulang di semua lokasi.

"Ini menjadi satu peringatan kepada pusat itu supaya lebih peka (dengan isu berkaitan gangguan seksual kerana) kalau tiada kesedaran maka kes itu tidak diketahui," katanya.

Terdahulu media melaporkan, polis menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan dipetik berkata, suspek berusia 61 tahun yang juga mangsa banjir di PPS sama ditahan susulan dua laporan polis dibuat oleh keluarga dua kanak-kanak berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-diberi-kaunseling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.106784 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list