CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 0

[Perlis] Najihah Husna dari SMK Dato’ Sheikh Ahmad raih ‘Gold Award’

[Copy link]
Post time 25-11-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

RAJA Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyampaikan anugerah pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, Perlis, semalam.-UTUSAN



ARAU: Najihah Husna Abdul Wahid,17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad berjaya meraih ‘Gold Award’ dalam pertandingan ‘The Commonwealth Essay Competition 2023- A Youth-Powered Commomwealth’.

Daripada penyertaan sebanyak 34,924 dari seluruh dunia, kurang daripada satu peratus daripada jumlah penyertaan tersebut mendapat Gold Award dan Najihah Husna ialah salah seorang daripadanya dengan esei yang berjudul ‘Age is Just A Number’.

Dia merupakan seorang pelajar yang berfikiran optimis, seimbang daripada aspek akademik mahupun kokurikulum.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum tidak menjejaskan pencapaian akademiknya dan telah menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum di peringkat sekolah.

Maklumat ini telah dipersembah maklumkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang berkenan berangkat merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Dato’ Sheikh Ahmad di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Negeri Perlis, Hamidi Md Saad dan Pengetua sekolah, Adilah Muhammad Nor.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pengiktirafan dan penghargaan daripada pihak sekolah ini diharap dapat menyuntik semangat para pelajar untuk terus maju jaya dan mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum’.

Baginda bertitah, sekolah juga memainkan peranan sebagai wadah dalam pembinaan sikap, tingkah laku dan nilai para pelajar yang merupakan modal insan yang dipertanggungjawabkan untuk mencorakkan masa depan negara.

“Harapan Saya agar warga sekolah ini akan meneruskan kecemerlangan dan meningkatkan lagi usaha dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi,” titah baginda.

Adilah dalam ucapanya pula menyatakan, sekolah ini telah meraih pelbagai pencapaian yang membanggakan sama ada dalam bidang akademik mahupun koakademik.

Beliau merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen jitu guru-guru dalam menyediakan pelajar ke arah kecemerlangan sama ada dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Dalam majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra kepada Teoh Li Jia.

Teoh Li Jia yang kini melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis merupakan pelajar cemerlang di negeri Perlis dengan memperoleh 11A+ dalam SPM bagi semua mata pelajaran seterusnya sekolah ini juga berjaya mendapat tempat ke-4 keseluruhan negeri Perlis.

Manakala Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashaj pula menyempurnakan pengurniaan Anugerah Pencapaian Peringkat Antarabangsa Kategori Inovasi, Kategori Woodball dan Kategori Esei.

Antara anugerah lain yang disempurnakan oleh baginda berdua termasuklah, Tokoh Sukan, Amsyar Sirhan Saifullah Saharuddin, Tokoh Sahsiah, Anis Nur Izzani Aziz, Tokoh Pelajar Harapan, Mok Qin Sheng dan Anugerah Dato’ Wan Ahmad, Nur Sabriena Zaki.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ad-raih-gold-award/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.036097 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list