CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2421|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penduduk bantah bina kubur Cina di Bukit Indera Muda

[Copy link]
Post time 24-11-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk bantah bina kubur Cina di Bukit Indera Muda

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN
  24 November 2023    04:32pm








Sebahagian penduduk dan anak kariah yang hadir pada perhimpunan aman yang dilakukan selepas solat Jumaat.



PERMATANG PAUH - Kira-kira 300 penduduk di sekitar kawasan Bukit Indera Muda di sini berhimpun bagi membantah cadangan pembangunan kawasan perkuburan Cina yang dikemukakan Persatuan Keturunan Guang Dong Seberang Perai.

Pengerusi Kariah Masjid Jamek Al Muhtadin, Azizan Ismail berkata, cadangan pembangunan itu bukan sahaja tidak sesuai kerana ia melibatkan kawasan 100 peratus penduduk Muslim malah boleh memberikan pelbagai implikasi buruk kepada penduduk tempatan.



Menurutnya, persatuan berkenaan bukan sahaja dikatakan mahu menukar tanah bukit di Lot 282, 729, 731, 297, 917, 918, 919 dan sebahagian Lot 922 dan 263 Mukim 3 Seberang Perai sebagai tanah perkuburan malah akan dibangunkan juga pusat penyimpanan abu mayat di kawasan terlibat.

"Kami bantah sekeras-kerasnya cadangan ini kerana keseluruhan penduduk di sini adalah Melayu beragama Islam dan cadangan ini menimbulkan sensitiviti kepada penduduk.


"Kenapa cadangan pembangunan projek ini mahu dilaksanakan di kawasan ini sedangkan tiada seorang pon penduduk berbangsa Cina yang tinggal di sini. Binalah di kawasan lain yang lebih sesuai dan ramai majoriti kamu," katanya pada perhimpunan aman yang diadakan di pekarangan masjid berkenaan selepas selesai solat Jumaat.



Azizan




Azizan berkata, sekiranya pembangunan ini diteruskan ia bakal mengundang risiko kepada penduduk yang mungkin berdepan hakisan tanah ataupun banjir kilat terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah.

Jelasnya, pada ketika ini pun banjir kilat sering berlaku sekiranya berlaku hujan lebat dan mereka tidak dapat bayangkan bencana yang akan dihadapi sekiranya projek ini tetap diteruskan.




"Aktiviti pembakaran mayat yang akan dijalankan nanti mungkin akan menyebabkan pencemaran bau dan udara hingga tidak membuatkan penduduk rasa tidak selesa.

Jelas projek ini bakal menyebabkan kualiti dan keselamatan hidup kami akan terjejas," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim berkata, bantahan serta suara hati rakyat kawasan Bukit Indera Muda yang tidak mahukan projek itu dibina di kampung mereka telah dibawa dalam Sidang Dewan Undang Negeri (DUN) baru-baru ini.









"Saya bersama penduduk akan terus membantah projek ini dan kita tidak mahu penduduk tempatan yang akan menerima kesannya akibat pembangunan yang memang tidak sesuai dilakukan di sini.

"Penduduk mana yang nak tinggal berhampiran dengan tempat penyimpanan abu mayat malah kawasan bukit itu juga terlalu dekat sangat dengan kawasan perkuburan Islam yang pasti bakal mengundang pelbagai masalah pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, kawasan pembangunan yang dicadangkan itu juga terdapat loji takungan air bersih di bahagian atas bukit dan sekiranya projek diteruskan berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan selain faktor keselamatan penduduk sekiranya loji itu pecah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035382 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list