CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3076|Reply: 0

[Pulau Pinang] 3,867 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan Disember ini

[Copy link]
Post time 24-11-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode
3,867 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan Disember ini

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
   24 November 2023   12:06pm








Kon Yeow (empat dari kiri) menunjukkan Bajet 2024 Pulau Pinang selepas selesai membentangkannya di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Jumaat.



GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Ucapan Bajet 2024 Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.



Menurutnya, pemberian itu melibatkan 3,867 penjawat awam dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM6.1 juta.

"Pemberian ini bagi menghargai penjawat awam bagi 2023 yang banyak berjasa dengan kerajaan negeri. Kerajaan Negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited dalam memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan secara berkesan.


"Sebagai apresiasi dan penghargaan kepada penjawat awam negeri, saya meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini," katanya.
Kata beliau, bayaran BKK dan pemberian ini akan dibuat pada Disember ini.

Kon Yeow berkata, selain penjawat awam, penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat, guru serta staf sekolah persendirian Cina juga mendapat imbuhan sebanyak RM300.

"Pemberian sebanyak RM300 ini juga turut dipanjangkan kepada guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam (TADIS) Pulau Pinang yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.


Bayaran BKK dan pemberian ini juga akan dibuat pada bulan Disember ini," katanya.



Kata beliau lagi, jumlah anggaran keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-kedua pemberian bonus itu adalah RM7.1 juta.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.059663 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list