|
Bekas staf membidas anak lelaki Makcik Kemboja yang mendakwa video asal telah disunting sekaligus menafikan ingin bersemuka dengan netizen.
Bekas pekerja itu mengakui dia hanya bekerja dengan Makcik Kemboja dalam tempoh masa singkat namun berjaya membawa keuntungan sebanyak RM2 juta menerusi jualan di TikTok.
"Memang aku menyalak macam anjing. Sebab mak kau tu yang cakap bangsa Melayu pemalas. Aku nak cerita dengan kau sikit. Aku kerja dengan mak kau tak sampai setahun lebih.
"Aku ex staff mak kau. Tapi ex staff mak kau ni yang tolong dapatkan hampir RM2 juta dekat dalam TikTok saja.
"Aku yang buat. Bukan aku yang cakap, mak kau sendiri yang cakap."
Dalam masa sama, lelaki itu juga mendakwa dia menjadi ‘tulang belakang’ membantu syarikat Makcik Kemboja daripada jatuh bankrap.
"Masa mak kau nak jatuh miskin, mak kau nak bankrap, inilah orang yang tolong buat dekat dalam TikTok."
Sebelum ini, tular sebuah video Ezuan yang menyebut, ‘Aku cabar kau daripada menyalak macam anjing kat TikTok. Aku cabar kau berdepan (face) dengan aku dekat kilang ini. Yang kau hina tu mak aku tau. Sia*. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong!‘
Terdahulu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kemudian, Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor. -CARI |
|