CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 0

[Pulau Pinang] Liputan 5G di Pulau Pinang capai 73.4 peratus setakat September

[Copy link]
Post time 23-11-2023 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Liputan 5G di Pulau Pinang capai 73.4 peratus setakat September


November 23, 2023 @ 7:17pm



Foto hiasan



GEORGETOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu bahawa liputan rangkaian 5G di negeri itu mencapai 73.4 peratus kawasan berpenduduk setakat 30 September.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata sehingga kini terdapat 316 tapak pemancar tersedia liputan 5G daripada jumlah keseluruhan 469 tapak pemancar yang akan disiapkan sepenuhnya pada tahun hadapan.

"Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) bersama-sama dengan Digital Nasional Berhad (DNB) serta agensi Persekutuan dan negeri seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kini dalam pelaksanaan pembangunan rangkaian komunikasi 5G di Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri akan terus komited dalam membangunkan infrastruktur komunikasi yang baik dan mesra pelabur yang memenuhi keperluan dan kehendak teknologi semasa, pada masa sama, melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha menyediakan negeri ini ke arah negeri digital," katanya ketika sesi penggulungan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Pulau Pinang pada sidang DUN di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi peratusan liputan internet rangkaian 4G, sehingga Oktober, liputan internet di kawasan berpenduduk adalah sebanyak 99.85 peratus yang sudah melepasi sasaran nasional, iaitu sebanyak 96.96 menjelang penghujung tahun ini.

Zairil (DAP-Tanjung Bunga) berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama MCMC sedang berusaha menyelesaikan masalah liputan 4G yang masih kurang memuaskan di beberapa kawasan di negeri itu.

Beliau berkata, 116 struktur pemancar baharu siap dibina dan beroperasi serta 2,044 pemancar sedia ada siap dinaik taraf ke rangkaian 4G.

"Kerja menambah baik liputan masih lagi diteruskan bagi memastikan liputan 4G dapat memenuhi keperluan penduduk, terutama di kawasan luar bandar dan kampung," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, kadar penembusan jalur lebar mudah alih di Pulau Pinang mencatatkan peningkatan 169 peratus, melebihi kadar nasional 133.3 peratus, manakala bagi kadar penembusan jalur lebar tetap pula adalah 58.6 peratus melebihi kadar penembusan jalur lebar nasional 49.1 peratus.

"Manakala kelajuan jalur lebar mudah alih di Pulau Pinang adalah sebanyak 51.74Mbps berbanding kelajuan nasional 48.1Mbps," katanya. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.119700 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list