CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 0

[Perlis] Kes rampasan daun, air ketum turun mendadak

[Copy link]
Post time 23-11-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Mohsin (dua dari kanan) menunjukkan cecair ketum untuk dilupuskan di Kompleks PDRM Mata Ayer, Arau hari ini.

ARAU – Polis mendapati kes berkaitan daun dan air ketum di sini menunjukkan penurunan ketara dalam tempoh tiga tahun ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, statistik kes juga didapati menurun setiap tahun dengan antara punca adalah kurang permintaan dari Thailand.

Katanya, penurunan mendadak dapat dilihat dari tahun 2021 sebanyak 111 kes tangkapan diikuti 2022 sebanyak 98 kes dan tahun ini sehingga bulan ini sebanyak 38 kes.

“Berdasarkan statistik, ia menunjukkan penurunan ketara kes melibatkan kes ketum yang antara lain disebabkan kurangnya permintaan dari Thailand selepas negara itu membenarkan penggunaan ketum sejak beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini, banyak rampasan dilakukan disebabkan pengeluaran untuk diseludup keluar, namun permintaan itu dilihat menurun mendadak dalam tempoh tiga tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat permintaan daun dan cecair ketum oleh pengguna domestik.

“Ini kerana pengguna ketum akan mengalami ketagihan seperti pengambilan dadah dan akan sentiasa cuba mencari bekalan tumbuhan tersebut.

“Pihak polis akan terus sedaya upaya menghalang penyalahgunaan ketum termasuk memberi tumpuan operasi ke atas tempat pemprosesan ketum di sekitar Arau,” ujarnya.

Menurut Ahmad Mohsin, rampasan terbesar pernah dilakukan polis Arau adalah pada 2021 dengan rampasan 886.9 kilogram daun ketum manakala bagi tahun 2022 polis berjaya melakukan rampasan terbesar 252 liter air ketum.

Katanya, selain melakukan operasi, polis menerusi pegawai perhubungan awam sering turun ke sekolah dan bertemu komuniti bagi mendidik masyarakat mengenai salah guna ketum.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis melupuskan 2.4 tan daun ketum yang dirampas dalam operasi di sini sejak 12 tahun lalu.

Katanya, pelupusan barang kes itu juga melibatkan 1,100 liter cecair ketum yang dirampas daripada ratusan kes dan operasi dijalankan.

“Daun dan cecair ketum yang dilupuskan hari ini adalah barang kes daripada 304 kertas siasatan yang selesai dan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah sejak 2011 hingga tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... tum-turun-mendadak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073603 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list