CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang berada dalam kategori negeri menua - Siew Khim

[Copy link]
Post time 23-11-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Pulau Pinang mencatatkan peratusan penduduk yang berusia 65 tahun dan ke atas sebanyak 7.7 peratus yang mana 7 peratus merupakan penanda aras sebagai negeri menua. - Gambar hiasan



GEORGE TOWN - Pulau Pinang tergolong dalam kategori negeri menua apabila peratusan penduduknya yang berusia 65 tahun dan ke atas mencapai 7.7 peratus yang mana 7 peratus merupakan penanda aras sebagai negeri menua.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, kenaikan jumlah warga emas di Pulau Pinang akan membawa kesan yang signifikan terhadap pembangunan sosioekonomi.

Menurutnya, selain itu, ia akan memberi kesan kepada kedudukan fiskal negeri sekiranya perhatian serius tidak diberikan terhadap isu ini.

    "Bagaimanapun, golongan warga emas berhak menikmati hak sama rata tanpa mengira latar belakang melalui sokongan yang berterusan daripada aspek penjagaan kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi untuk menghadapi hari tua dengan penuh martabat.

"Menjelang tahun 2040, Pulau Pinang dijangka menjadi salah satu negeri dengan populasi warga emas terbanyak di Malaysia," katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Khamis.

Siew Khim (DAP-Sungai Pinang) berkata, sebagai usaha untuk menghadapi cabaran negeri menua, kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif pada tahun lalu bagi mengiktiraf dan memperkasakan warga emas sebagai aset pembangunan negeri.

"Pelan ini memberi fokus kepada pelaksanaan program, mempertingkatkan jaringan kerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan serta penggubalan dasar yang mampan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial, fizikal dan psikologi warga emas.

"Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa kesedaran, integrasi dan kemampanan. Di bawah pelan ini, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) akan bekerjasama dengan Malaysia Healthy Ageing Society (MHAS) dalam merealisasikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Mesra Usia menjelang fasa terakhir pelan ini pada tahun 2025," katanya.



Dalam pada itu, Siew Khim mengakui isu gelandangan di negeri ini masih belum selesai, namun kerajaan negeri sentiasa berusaha dengan pelbagai pihak untuk menangani isu tersebut dengan lebih efektif.

"Pusat Transit Gelandangan (PTG) merupakan satu usaha kerajaan negeri untuk membantu dan mendaya upayakan golongan gelandangan di Pulau Pinang.



"Saya akui bahawa isu gelandangan masih belum selesai namun saya percaya dengan usaha pelbagai pihak, kerajaan negeri mampu menangani isu ini dengan lebih efektif.

"Oleh demikian, saya menerima baik cadangan Teh Lai Heng (DAP-Komtar) untuk mempertimbangkan berhubung penubuhan satu 'task force' untuk mengendalikan golongan gelandangan dengan penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan sebagai agensi utama," katanya.

Tambahnya, JKM telah berkolaborasi dengan jabatan kerajaan lain antaranya Jabatan Tenaga Kerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk penempatan pekerjaan yang bersesuaian selain memberi perkhidmatan kaunseling untuk membuat pemadanan pekerjaan.

"Ia merupakan satu usaha dalam mentransformasikan golongan gelandangan kepada sumber tenaga yang produktif," ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... i-menua---siew-khim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069943 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list