CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2324|Reply: 1

[Kedah] Kisah sedih graduan UUM tak dapat hadir konvokesyen

[Copy link]
Post time 22-11-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Kisah sedih graduan UUM tak dapat hadir konvokesyen


Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 22, 2023 @ 7:02pm [email protected]




Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan (tengah) bergambar bersama ibu dan bapa Abdul Rahman, Muhamad Rashidi Sabudin (dua kanan) dan Mahirah Mohd Sood selepas Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM, di Sintok, semalam. - Foto ihsan UUM




SINTOK: Hasrat pasangan suami isteri melihat anak kesayangan menaiki pentas menerima ijazah tidak kesampaian apabila graduan itu kini terlantar akibat lumpuh kanser tulang tahap empat.

Mereka bagaimanapun tetap hadir ke Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM), petang semalam bagi mewakili Abdul Rahman Muhamad Rashidi, 25, graduan Sarjana Muda Sains (Matematik Perniagaan).

Muhamad Rashidi Sabudin yang hadir bersama isteri, Mahirah Mohd Sood menerima skrol itu yang disampaikan Naib Canselor, Prof Dr Mohd Foad Sakdan pada sesi kelima majlis konvokesyen berkenaan.

Mohd Foad berkata beliau sempat menziarahi Abdul Rahman di rumahnya di Cheras, Kuala Lumpur pada awal November lalu untuk bertanyakan perkembangan semasa.

Katanya, Abdul Rahman lumpuh dari bawah perut hingga ke kaki sejak Ogos lalu kerana sel kanser menekan saraf tunjang dan kehilangan keupayaan tangan untuk bergerak atau mengangkat barang pada Oktober lalu.

"Anak kedua daripada enam beradik itu kini hanya bergantung pada mesin `oxygen concentrator' sepenuhnya dan diletakkan di bawah penjagaan paliatif.

Ketika ditemui, pemuda ini tetap tersenyum meskipun sedang menanggung ujian besar pada usia masih muda.

"Abdul Rahman pasti sedang menyaksikan majlis ini dari jauh. Saya dan seluruh warga UUM berdoa agar kesihatan kembali pulih," katanya.

Mohd Foad berkata Abdul Rahman dikesan menghidap kanser tulang tahap empat pada Mei 2021 selepas mengalami sakit berpanjangan di bahagian lutut kiri sehingga beliau sukar tidur malam.

Katanya, keputusan ujianpengimejan resonans magnetik (MRI) yang dilakukan mengesan terdapat ketumbuhan di kaki yang menyebabkan sebahagian kaki kirinya dipotong dan bermula dari situ, dia belajar memakai kaki palsu atau prostesis untuk meneruskan kehidupan seharian.

"Namun, siapa sangka dalam tempoh kurang setahun, Abdul Rahman yang baru mendirikan rumah tangga tahun lalu sekali lagi ditimpa ujian apabila doktor mengesan sel kanser merebak ke bahagian paru-paru kirinya sehingga menyukarkan dia bernafas.

"Abdul Rahman pernah kata, sesiapa pun didiagnosis kanser, janganlah berputus asa...," katanya.

Suasana di dalam dewan mengundang sebak apabila video rakaman Abdul Rahman memakai jubah konvokesyen UUM ditayangkan.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2023 07:57 PM | Show all posts



Muhamad Rashidi melihat tayangan video rakaman Abdul Rahman memakai jubah konvokesyen. - Foto ihsan UUM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.100854 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list