CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4582|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sekolah terima ancaman bom, polis Pulau Pinang buka dua kertas siasatan

[Copy link]
Post time 21-11-2023 06:52 PM | Show all posts |Read mode

POLIS melakukan pemeriksaan terhadap satu daripada dua sekolah di daerah Timur Laut Pulau Pinang yang menerima ugutan ancaman bom. FOTO Ihsan Polis

Georgetown: Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan susulan dua sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ugutan ancaman bom, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan daripada sekolah antarabangsa di Tanjung Bungah pada 11.20 pagi manakala sekolah di Jalan Sungai Pinang jam 12.27 tengah hari.

"Kedua-dua pengurusan sekolah itu menerima emel daripada [email protected] dengan tajuk 'bahan letupan telah ditanam di sekolah' hari ini.

"Kandungan emel menceritakan penghantar mengalami masalah hidup yang mana dia dibenci orang sekeliling dan ayah merogolnya sejak kecil serta dihina di sekolah.



"Susulan itu, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Unit Anjing Pengesan (K9) serta bomba dikerah ke lokasi bagi pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, hasil pemeriksaan tiada sebarang penemuan yang mencurigakan dan dua kertas siasatan dibuka berhubung insiden itu.

"Kita juga akan memohon semakan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengenai pasti butiran pemilik emel itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebanyak sembilan sekolah antarabangsa menerima ancaman bom.

Tujuh daripadanya ialah sekolah antarabangsa iaitu di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat terima ancaman itu.

Dua lagi sekolah di Wangsa Maju turut menerima ancaman melalui hantaran emel.

Turut tular beberapa hantaran di media sosial berhubung ugutan ancaman bom di sekolah antarabangsa susulan ibu bapa kepada pelajar di sekolah berkenaan dikatakan menerima panggilan daripada pihak sekolah yang meminta menjemput anak mereka pulang disebabkan ancaman itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dua-kertas-siasatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.029790 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list