CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3645|Reply: 0

[Pulau Pinang] DUN Pulau Pinang panas isu dakwaan Dr Siti Mastura

[Copy link]
Post time 21-11-2023 06:36 PM | Show all posts |Read mode
DUN Pulau Pinang panas isu dakwaan Dr Siti Mastura


Oleh Audrey Dermawan - November 21, 2023 @ 2:51pm [email protected]







GEORGETOWN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini tegang apabila perbalahan timbul antara Lim Guan Eng (PH-Air Putih) dan Ketua Pembangkang, Muhamad Fauzi Yussoff (PN-Sungai Dua).

Ia berpunca daripada isu Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhamad sebelum ini, yang didakwa mengaitkan Guan Eng dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Perbalahan itu mendorong Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang menegur semua ahli, perkara yang dibangkitkan di Parlimen perlu diselesaikan di Parlimen.

Beliau bagaimanapun memberi Guan Eng peluang meneruskan perbahasannya sehingga tamat.

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP, berkata dakwaan mengaitkannya dengan Chin Peng adalah berita palsu dan beliau akan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang berbuat demikian.

Sebaik beliau berkata demikian, Muhamad Fauzi berdiri mencelah dan menunjukkan buku yang mengaitkan Ahli Parlimen Bagan itu dengan Chin Peng kepada sidang DUN itu.

Muhamad Fauzi berkata, buku itu digunakan sebagai panduan oleh banyak pihak.

"Buku inilah menyebabkan berita palsu (tentang Guan Eng).

"Adakah semua parti bersetuju buku ini perlu dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)?" katanya menimbulkan persoalan.

Guan Eng kemudiannya berkata, beliau sendiri sudah bertanya sendiri kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakannya dia sendiri tidak tahu mengenai kewujudan buku itu.

"Saya memang berbincang dengan Tok Mat (Mohamad). Saya bertanya kepadanya dan beliau tidak tahu apa-apa mengenai buku itu.

"Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Kepala Batas masih berdegil mahu menggunakan buku itu sebagai rujukan. Adakah PAS parti yang melakukan fitnah? Bercakap biar berlandaskan fakta.

"Ini bukan fakta sebenar dan serangan peribadi terhadap saya dan keluarga," katanya lagi.

Guan Eng memulakan tindakan undang-undang dan laporan polis terhadap Siti Mastura berkaitan dakwaan Siti Mastura itu yang turut membabitkan beberapa pemimpin DAP dan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau sudah melantik peguam Datuk Sankara Narayanan Nair bagi memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.

Beliau berkata tindakan itu dilakukan kerana Siti Mastura didakwa menimbulkan ketakutan terhadap DAP dan orang Cina sekali gus membabitkan unsur perkauman dan ekstremis.

Katanya lagi, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional(PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menyatakan pendirian mereka secara terbuka.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.120573 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list