CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1480|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang atasi masalah kekeruhan di LRA Sungai Dua

[Copy link]
Post time 21-11-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Zairil ketika sidang DUN Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah melaksanakan perancangan jangka masa panjang dan pendek untuk mengatasi masalah kekeruhan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Seberang Perai, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, antara usaha yang sedang dilaksanakan adalah melalui projek di bawah projek penyaluran air mentah dari Pam Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua (fasa 2B).

Katanya, projek dengan kos peruntukan di bawah Kerajaan Pusat sebanyak RM72.4 juta itu dijangka siap pada akhir tahun 2023.

“Empangan Mengkuang hanya berfungsi sebagai empangan strategik untuk keperluan semasa musim kering atau kemarau serta apa-apa kecemasan yang berlaku melibatkan insiden Sungai Muda. Sehingga kini tahap kapasiti pelepasan air menerusi Empangan Mengkuang adalah sebanyak 300 juta liter sehari (JLH).

“Sekiranya projek fasa 2B disiapkan, kapasiti pelepasan air dari Empangan Mengkuang ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua akan ditingkatkan kepada 600JLH,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Phee Syn Tze (DAP – Sungai Puyu) mengenai perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kekeruhan air di LRA Air Sungai Dua yang setiap kali berlaku hujan lebat atau banjir di kawasan sempadan Kedah sehingga menyebabkan bekalan air bersih di seluruh Pulau Pinang terjejas teruk. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -di-lra-sungai-dua/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.355160 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list