CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1388|Reply: 0

[Kedah] Selepas kebumi jenazah bapa, bergegas ke universiti terima sarjana

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Selepas kebumi jenazah bapa, bergegas ke universiti terima sarjana


Noorazura Abdul Rahman - November 21, 2023 @ 11:04am  [email protected]




Penolong pengurus bank, Muhammad Firdaus Othman kini melanjutkan pengajian peringkat PhD di UUM.




SINTOK: Kurang 24 jam sebelum menaiki pentas menerima ijazah, Muhammad Firdaus Othman, 37, menempuh detik sukar apabila kehilangan bapa tercinta.

Othman Karim, 70, bapa graduan Sarjana Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) itu meninggal dunia akibat strok di Hospital Kangar, Perlis pada jam 1 pagi semalam dan selamat dikebumikan di Simpang Empat, Perlis pada hari sama.

Meskipun baru kehilangan bapa sebelum hari bersejarah itu, Muhammad Firdaus tetap hadir menerima skrol sebagai bukti kejayaan menamatkan pengajian peringkat sarjana.

Katanya, dia ingin meneruskan semangat dan menyambung cita-cita arwah bapa untuk menjadi pendidik profesional.

"Arwah sangat gembira bila tahu saya sambung pengajian di UUM, malah sanggup membayar yuran pengajian saya pada semester pertama. Sesungguhnya, saya amat bersyukur memiliki ibu bapa yang sangat mementingkan ilmu dan adab.

"Arwah bekas pensyarah, manakala ibu saya, Bderiah Wahab, 70, pesara guru sekolah rendah. Saya melihat kedua-dua ibu bapa saya berjaya mendidik anak-anak sehingga berjaya ke menara gading dan ada antaranya turut memiliki ijazah sarjana dalam pelbagai disiplin," kata.

Anak keempat daripada enam beradik ini yang bekerja sebagai penolong pengurus sebuah bank di Petaling Jaya, Selangor, kini sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD), juga di UUM.

Bapa tiga cahaya mata itu menerima ijazah sarjana disampaikan oleh Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin yang juga Pro Canselor UUM pada sesi ketiga, semalam.

Seramai 5,738 graduan UUM menerima ijazah pada konvokesyen kali ini yang bermula kelmarin, membabitkan 4,333 graduan sarjana muda; 1,387 graduan pascasiswazah terdiri PhD, doktor pengurusan, doktor pentadbiran perniagaan, sarjana dan diploma pascasiswazah serta 18 graduan diploma eksekutif.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.137473 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list