CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2171|Reply: 0

[Pulau Pinang] Stor simpan diesel bersubsidi diserbu kali kedua

[Copy link]
Post time 20-11-2023 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Stor simpan diesel bersubsidi diserbu kali kedua

20 November 2023   04:28pm







Jegan (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan lori tanker diisi sebahagian daripada 28,000 liter minyak diesel tanpa permit yang telah disita dalam Ops Tiris di sebuah stor dekat Permatang Pauh, pada Isnin. - Foto Bernama



BUKIT MERTAJAM - Sebuah stor yang dijadikan tempat menyimpan diesel bersubsidi di Tanjung Putus Permatang Pauh diserbu sekali lagi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, jam 10.30 pagi Isnin.

Pengarahnya S. Jegan berkata, premis itu yang terletak dalam kawasan tanah persendirian pernah diserbu Ogos lepas, namun masih berdegil dengan menjalankan kegiatan sama.



Beliau berkata, ketika serbuan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an yang merupakan pemandu dan pekerja premis sedang memindahkan diesel dari tangki petak ke dalam lori tangki.

"Serbuan dibuat hasil intipan dan pemantauan sejak sebulan lalu selepas kita mendapat maklumat premis ini masih beroperasi dan menyimpan diesel bersubsidi selepas diserbu Ogos lalu.



"Pemeriksaan lanjut menemui 28,000 liter diesel disimpan dalam tangki IBC, tangki kekal dan lori tangki dianggarkan bernilai RM60,200. Turut disita sebuah lori tangki dan tiga unit motor pam dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM111,900," katanya kepada pemberita di lokasi.


Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, Umi Kalsom Yusoff (kanan) menunjukkan IBC tank diisi sebahagian daripada 28,000 liter minyak diesel tanpa permit yang telah disita dalam Ops Tiris di sebuah stor dekat Permatang Pauh, pada isnin. - Foto Bernama





Jegan berkata, modus operandi digunakan sindiket adalah dengan membeli minyak di stesen minyak berhampiran menggunakan lori kecil yang diubah suai dan minyak dikumpul di stor terbabit sebelum diedarkan kepada pemain industri.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemilik premis termasuk mengenal pasti sama ada diesel terbabit turut diseludup ke negara jiran.


Dua pekerja yang berada di premis ketika serbuan turut ditahan untuk siasatan lanjut, katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman penalti sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list