CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1438|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengurus syarikat tipu ejen PERKESO didenda RM50,000

[Copy link]
Post time 20-11-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Pengurus syarikat tipu ejen PERKESO didenda RM50,000

20 November 2023  02:29pm







Beng Tiek (tengah) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menipu ejen PERKESO bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM150,000 pada Mac 2021. - Foto Bernama



BUTTERWORTH - Seorang pengurus syarikat didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menipu ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM150,000 pada Mac 2021.

Lee Beng Tiek, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.



Mengikut pertuduhan pertama sehingga keempat, dia didakwa menipu ejen Perkeso bagi menuntut insentif berjumlah RM150,000 di bawah program itu di Perkeso Pulau Pinang di Seberang Perai Tengah antara 5 sehingga 21 Mac 2021.

Lee yang ketika itu sebagai pengurus Menbridges Academy Sdn Bhd didakwa memperdayakan Perkeso dengan mengemukakan 52 nama dalam senarai pekerja Data Penjana Kerjaya 3.0 bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja sedangkan individu yang dinamakan itu bukan kakitangan syarikat berkenaan.



Semua pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Haziq Razali dan Aiman Abdul Rahman yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan denda minimum atas faktor anak guam mereka mengaku bersalah sekali gus menjimatkan masa dan kos semua pihak serta memberikan kerjasama baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira faktor kepentingan awam sekali gus memastikan kesalahan itu tidak berulang lagi.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda berjumlah RM50,000 bagi keempat-empat pertuduhan dan hukuman penjara antara dua sehingga empat bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.081581 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list