CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3478|Reply: 0

[Pulau Pinang] Chow elak main politik keterlaluan, fokus berkhidmat kepada rakyat

[Copy link]
Post time 19-11-2023 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Chow elak main politik keterlaluan, fokus berkhidmat kepada rakyat


November 19, 2023 @ 5:41pm



Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (dua, kiri) bersama Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng (kiri) dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (dua kanan) pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2023 di Georgetown, hari ini. - Foto BERNAMA



GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjelaskan beliau mengelak daripada bermain politik yang keterlaluan sepanjang 37 tahun menjadi ahli DAP sebaliknya fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada parti dan rakyat.

Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kepercayaan untuk memimpin kerajaan negeri bagi penggal kedua adalah kemungkinan berlandaskan kepada 'track record' beliau sejak 1986.

"Tahun ini genap 37 tahun saya menjadi ahli parti dan memang diberi banyak peluang berkhidmat kepada rakyat dan parti sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Ahli Parlimen.

"Saya percaya inilah kekuatan yang ada pada saya, saya jujur, setia kepada perjuangan, suka tawarkan perkhidmatan terbaik, tidak suka bercakap banyak, tidak mahu kuat main politik dan fokus kepada penyampaian prestasi yang baik," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2023, di sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan turut hadir Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng serta barisan kepimpinan negeri parti itu serta perwakilan DAP.

Chow berkata pihaknya berjaya mencapai sebanyak 94 peratus manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan fokus ketika ini adalah untuk melaksanakan manifesto PRU15 agar ia menjadi kesinambungan kepada kecemerlangan kerajaan negeri.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri masih kekal untuk menjayakan misi 'Penang2030' dan berharap pasukan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan bersama-sama memainkan peranan bagi merealisasikan misi tersebut.

"Semua pihak termasuk ahli parti serta kepimpinan parti juga perlu memikul tanggungjawab demi memastikan kita kekal relevan sebagai parti pemerintah di Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Lim dalam ucapannya berkata DAP merupakan sebuah parti 'muda' dan akan kekal menjadi parti muda dari segi idea dan pemikirannya termasuk dalam kalangan ahli veteran parti itu.

Katanya, parti itu perlu terus 'menjana semula' dan memperbaharui pelan penggantian yang lebih baik untuk pemimpin masa depan mereka dan dalam masa sama pemimpin DAP terutama yang memiliki jawatan dalam kerajaan tidak 'membelakangkan' parti itu dalam membuat sebarang keputusan.

"Pilihan raya-pilihan raya sebelum ini (PRU15 dan PRN) telah menunjukkan rakyat lebih menyokong parti berbanding calon itu secara individu. Jadi atas alasan ini, semua pemimpin dan ahli DAP perlu berdisiplin dan sentiasa mematuhi arahan parti.

"Sebagai wakil rakyat juga, kita harus mendengar segala keluhan rakyat dan memastikan penjawat awam melaksanakan segala dasar yang digariskan untuk manfaat semua pihak," katanya.
- BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list