CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3885|Reply: 0

[Kedah] Banjir: Pasukan Gerak Cepat MTL JBPM ditempatkan mengikut zon

[Copy link]
Post time 19-11-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Wahab (empat dari kiri, depan) bersama penerima sijil perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kedah, hari ini. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membentuk beberapa kumpulan dikenali sebagai Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut (MTL), sebagai persiapan untuk berdepan sebarang kemungkinan bencana banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pasukan itu dilengkapi dengan pelbagai aset khas dan ditempatkan mengikut zon tertentu yang dirasakan cukup strategik bagi menghadapi bencana banjir.

Beliau berkata, sebagai contoh katanya, pasukan bagi Zon Pantai Timur ditempatkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Terengganu manakala pasukan zon selatan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Johor.

Katanya, bagi zon utara pula, pasukan terbabit akan ditempatkan di Pangkalan Udara JBPM di Bertam, Pulau Pinang manakala di Borneo, mereka ditempatkan di Miri, Sarawak.



"Kumpulan ini sentiasa bersiap siaga dengan segala aset khas dan akan terus digerakkan ke lokasi bagi membantu kawasan terbabit banjir.

"Mereka sudah dipersiapkan bagi membantu pemindahan mangsa yang terkepung akibat banjir selain menghantar bekalan makanan ke lokasi diperlukan, khususnya di pedalaman.

"Selain itu JBPM juga menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak kami tidak hanya akan membantu pesakit ke hospital jika berlaku kecemasan, malah kami juga bersedia membawa doktor atau jururawat ke lokasi diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sijil 30 Tahun JBPM Kedah di Ibu Pejabat JBPM Kedah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahab berkata, kaedah pengezonan itu memberi kelebihan kepada pasukan penyelamat bagi membolehkan bantuan tambahan dihantar secepat mungkin.

Katanya, sekiranya tiada kaedah pengezonan, pihaknya mungkin berdepan gangguan dalam menghantar bantuan apabila bencana berlaku.

"Jika sekiranya berlaku banjir di Pantai Timur contohnya dan kita nak hantar jentera dari utara, kita bimbang ada jalan yang terputus hingga menyukarkan pasukan tambahan ini tiba ke lokasi ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, dari aset udara pula, pihaknya mempunyai sembilan pesawat pelbagai jenis yang mana pesawat ini akan digunakan untuk memindahkan mangsa banjir serta menghantar bekalan makanan ke lokasi yang diperlukan khususnya di kawasan pedalaman.

Beliau turut mengingatkan masyarakat terutamanya golongan warga emas, individu kurang sihat, ibu mengandung dan kanak-kanak untuk berpindah secepat mungkin sekiranya terdapat tanda-tanda bakal berlakunya banjir di kawasan penempatan mereka.

Katanya, seluruh negara ketika ini mempunyai sebanyak 5,648 lokasi panas (hot spot) banjir yang sudah dikenal pasti dan di Kedah sahaja ada 259 lokasi panas.

"Tetapi, kita sudah bersedia sekiranya berlaku hujan yang luar biasa selain melakukan rondaan di kawasan yang dikenal pasti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Wahab berkata, JBPM mengharapkan kerjasama semua pihak untuk mengkomersialkan serta menyebar luaskan penggunaan produk inovasi ciptaan jabatan itu yang diyakini mampu memberi manfaat kepada banyak pihak.

"Sebagai contoh, peranti Sistem Pemintas Frekuensi Audio (AFIS) hasil ciptaan enam pegawai dari BBP Alor Setar yang memenangi anugerah utama hingga memperoleh hadiah bernilai RM1 juta dalam Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 baru-baru ini yang boleh disebar luaskan penggunaannya kepada jabatan kerajaan lain," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... patkan-mengikut-zon

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042596 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list