CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3483|Reply: 0

[Terengganu] 16 ekor lembu mati keracunan, penternak rugi RM40,000

[Copy link]
Post time 19-11-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Saad, melihat bangkai lembu bergelimpangan di kebunnya

Setiu: "Saya tidak pergi ke kebun petang semalam kerana tidak sanggup melihat haiwan peliharaan mati akibat perbuatan khianat," kata penternak lembu, Mohamad Saad.

Mohamad, 62, dari Kampung Seri Kenangan, Sungai Tong, di sini, berkata dia tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi berasa kecewa apabila mereka berbuat demikian.

Dalam kejadian pagi semalam, sebanyak 16 ekor lembu miliknya mati disyaki diracun menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM40,000.

Mohamad berkata, dia mengetahui kejadian terbabit selepas dimaklumkan penduduk kampung kira-kira 5 petang semalam.



"Pada awalnya, adik saya Khairuddin, 52, beritahu terjumpa bangkai seekor lembu kira-kira 7 pagi semalam, namun saya sangka mungkin hanya seekor sahaja yang mati.

"Namun, kira-kira 5 petang ada penduduk terjumpa lagi beberapa bangkai lembu di kawasan sama dan anak saya, Naqiuddin, 32, segera ke kebun untuk melihatnya," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, anak menghubunginya bagi memaklumkan terdapat 16 ekor lembu peliharaan bersama adiknya ditemukan mati bergelimpangan di kawasan kebun seluas kira-kira 1.62 hektar.

"Anak melihat ada tiga biji tong disyaki untuk diletakkan air dicampur dengan racun. Jika ada pihak tidak berpuas hati mungkin ada lembu saya merosakkan tanaman sepatutnya mereka datang berbincang.

"Saya sanggup membayar jumlah kerugian dialami mereka bukan dengan bertindak kejam seperti ini," katanya.

Katanya, insiden sama pernah berlaku dua tahun lalu apabila enam ekor lembu milik adiknya menjadi mangsa disyaki diracun.

"Laporan polis serta laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah dibuat untuk menyiasat punca sebenar kematian semua haiwan ini.

"Saya reda dan anggap ujian ini untuk kami sekeluarga, namun berharap kejadian sama tidak akan berlaku kepada penternak lain," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ternak-rugi-rm40000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 158956 Replies : 3902
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188046 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6745 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.118790 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list