CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4371|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan manfaat pelabuhan, lapangan terbang sebagai 'enjin berkembar' ekonomi Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 19-11-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Setiausaha Agung merangkap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyampaikan ucapan perasmian pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang di The Top Komtar, Grand Ballroom, Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Kerajaan akan memanfaatkan pelabuhan dan lapangan terbang sebagai 'enjin berkembar' industri pelancongan Pulau Pinang untuk memastikan ekonomi negeri menerima impak positif jangka panjang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, pelabuhan dan lapangan terbang dilihat sebagai dua faktor penting untuk mengukuhkan ekonomi sesebuah pulau.

Menurut Loke, kerajaan Persekutuan telah membuat beberapa pengumuman yang akan membuahkan hasil dari segi peningkatan kemasukan pelancong dan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat penghantaran kargo di utara Malaysia.

"Saya telah berbincang dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang supaya kapasiti pengendalian meningkat hampir dua kali ganda kepada 12 juta penumpang setahun.


"Kita telah meminta MAHB mencari pendekatan segera supaya projek ini boleh siap sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP dalam ucapan perasmian Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2023 di sini, hari ini.

Loke berkata, keputusan kerajaan untuk menaik taraf dan membesarkan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) yang diumumkan pada 2018 turut memberi impak positif kepada ekonomi negeri dan telah merancakkan sektor kapal persiaran Pulau Pinang.

Beliau berkata, projek naik taraf SPCT itu adalah manifestasi Kementerian Pengangkutan sebagai langkah untuk menjadikan negeri itu sebagai pangkalan kepada syarikat perkapalan antarabangsa.

"Membangunkan 'enjin berkembar' ini juga adalah penting untuk menyokong industri elektrik dan elektronik Pulau Pinang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-berkembar-ekonomi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 1.582186 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list