CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4371|Reply: 0

[Kedah] Utamakan integriti dalam tindakan harian - Sultan Kedah

[Copy link]
Post time 19-11-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah

Sintok: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan organisasi dan individu mengutamakan integriti dalam pengurusan harian.

Baginda bertitah, integriti dan tadbir urus yang baik serta cekap adalah asas kepada kecemerlangan sesebuah organisasi.

"Dalam pengamatan beta, jatuh bangun sesebuah institusi, syarikat, organisasi, pemimpin, atau seseorang individu, adalah bergantung kepada integriti yang dimiliki.

"Tadbir urus yang cekap adalah landasan kepada kejayaan sesebuah institusi atau organisasi. Ini membabitkan pengurusan sumber dengan bijak, memaksimumkan hasil dan mengurangkan pembaziran," titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah di sini, hari ini.


Sultan Sallehuddin bertitah, integriti adalah nilai asas yang harus dihayati setiap individu kerana ia bermaksud berlaku jujur, adil dan bertanggungjawab dalam semua tindakan yang dilakukan.

"Beta berharap graduan UUM kelak boleh menerajui usaha anti rasuah untuk membantu sesebuah organisasi terutamanya dalam konteks tadbir urus yang baik dan berintegriti.

"Ini boleh dilakukan dengan melaksanakan pengurusan risiko rasuah. Ini membabitkan penilaian dan pengurusan risiko berkaitan rasuah di dalam sesebuah organisasi," titah baginda.

Baginda bertitah, pengurusan risiko rasuah boleh bermula dengan mengenal pasti punca berlakunya rasuah dan kemudian mengambil langkah mengatasi punca itu daripada berlaku.

"Graduan UUM boleh membantu sesebuah organisasi dan majikan dengan mewujudkan Dokumen Pelan Anti Rasuah Organisasi yang merangkumi pelbagai usaha organisasi untuk mengatasi masalah rasuah yang berlaku.

"Ia juga merangkumi dasar, prosedur, latihan dan inisiatif yang digunakan untuk mengurangkan risiko rasuah, meningkatkan kesedaran etika dalam kalangan kakitangan dan mempromosikan integriti," titah baginda.

Seramai 5,738 graduan UUM akan menerima ijazah pada majlis konvokesyen bermula hari ini.

Daripada keseluruhan jumlah itu, seramai 4,333 adalah graduan Sarjana Muda dan 1,387 graduan pasca siswazah terdiri daripada Doktor Falsafah, Doktor Pengurusan, Doktor Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana dan Diploma Pascasiswazah selain seramai 18 graduan Diploma Eksekutif.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... harian-sultan-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.040711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list