CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4476|Reply: 1

[Pulau Pinang] Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur melalui WhatsApp

[Copy link]
Post time 17-11-2023 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur melalui WhatsApp

17 November 2023   05:12pm





Laporan Sinar Harian pada Khamis.



GEORGE TOWN - Ibu Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi, 12, kanak-kanak lelaki yang melecur selepas terkena renjatan elektrik di bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Taman Seri Bayu, Bayan Lepas, semalam, mengetahui mengenai kejadian menimpa anak bongsunya itu menerusi kumpulan WhatsApp.

Suhana Samsudin, 37, berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang.



Dia turut dihubungi oleh rakan anaknya tidak lama selepas itu yang memberitahu Mohd Dawisy terbakar.

"Ketika saya sampai anak saya masih berada di situ (kawasan kejadian) dan dibawa ke surau sebelum dihantar ke ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).



"Sepanjang tempoh itu anak saya berada dalam keadaan sedar. Dia asyik panggil saya cakap mama tolong adik, adik sakit...tolong adik panas,” katanya ketika ditemui di HPP, hari ini.

Bapa kanak-kanak itu Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, berkata, ketika kejadian dia berada di Lumut, Perak kerana bertugas dan terus pulang sebaik dimaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu ditimpa kemalangan.


Beliau berkata, menjadi kebiasaan kanak-kanak di kawasan perumahan tersebut termasuk anaknya bermain bola di gelanggang futsal di situ dan ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

"Saya tidak tahu bagaimana kejadian berlaku tetapi dimaklumkan dia masuk ke situ (bilik jana kuasa) untuk ambil bola, kembarnya pula tidak ikut bermain kerana tidur di rumah.


"Tahap melecur badan anak saya adalah 50 peratus dan ketika ini, dia masih di bawah pemantauan doktor dan ditidurkan,” katanya.

Menurut Mohd Khairi, anaknya yang juga murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Lepas 2 memang seorang yang ceria dan aktif terutama dalam sukan bola sepak dan pernah mewakili sekolahnya dalam sukan itu.



"Dia anak yang kuat, saya harap dia dapat bertahan dan kembali pulih seperti sediakala,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, Mohd Dawisy dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakannya sebelum bola termasuk ke dalam bilik jana kuasa TNB.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu masuk ke kawasan bilik jana kuasa tersebut untuk mengambil bola dan dikatakan terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik dan dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2023 07:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.040582 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list