View: 2302|Reply: 0
|
Pastikan Kyrgyzstan pulang hampa
[Copy link]
|
|
Pastikan Kyrgyzstan pulang hampa
DARREN yakin kekalkan rentak cemerlang bersama Harimau Malaya.
Kelana Jaya: Penyerang Harimau Malaya, Darren Lok sedia menggempur kubu Kyrgyzstan dan memastikan pasukan itu pulang dengan tangan kosong pada perlawanan pertama Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.
Darren yang juga tonggak Sabah FC berkata, dia optimis mampu meneruskan rentak cemerlang di kelab dengan membantu skuad kebangsaan mengutip tiga mata penuh pada aksi kelayakan kali ini.
Walaupun dilihat agak sukar untuk menundukkan Kyrgystan, Darren berkata, barisan pemain negara tidak mudah mengangkat bendera putih, sekali gus akan berjuang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya.
"Saya akui momentum bersama Sabah cukup baik dengan menjaringkan gol khususnya di peringkat Piala AFC.
"Sudah tentu kehadiran saya di sini untuk meneruskan momentum itu dan harap dapat membantu pasukan kebangsaan dengan menjaringkan gol.
"Kami jangkakan perlawanan sukar kerana Kyrgyzstan adalah pasukan yang baik berdasarkan kedudukan ranking mereka dalam kelompok 100 terbaik," katanya.
Penyerang berusia 32 tahun itu turut percaya dua perlawanan yang bakal diharungi bulan ini sebagai persiapan terbaik sebelum bersaing pada kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
"Setiap kali aksi antarabangsa sudah tentu tekanan berbeza. Seperti yang kita tahu, kita sedang melakukan persiapan untuk ke Piala Asia.
"Namun, perlawanan kelayakan turut penting kerana dalam peringkat kumpulan kali ini kita masih mampu memberi saingan kepada pasukan lain," katanya.
Selepas bertemu Kyrgyzstan, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon akan menentang Taiwan di tempat lawan, Selasa depan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... yzstan-pulang-hampa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|