View: 3430|Reply: 0
|
[Kedah]
4 sungai di Kedah melepasi paras bahaya
[Copy link]
|
|
Muhammad Suhaimi (tengah) bersama anggota ketika meninjau keadaan Sungai Anak Bukit yang melepasi paras bahaya. - NSTP/ ZULIATY ZULKIFFLI
ALOR SETAR: Empat sungai di Kedah direkod mencatat bacaan paras bahaya susulan hujan lebat yang melanda, selain didorong kejadian air pasang besar yang berlaku.
Selain dua di Kubang Pasu iaitu Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Bata di Kampung Bata, dua lagi adalah di daerah Kota Setar iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman serta Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR.
Sungai Pendang di pekan Pendang pula menunjukkan bacaan melebihi paras amaran setakat jam 4 petang hari ini.
Malah tinjauan di Sungai Anak Bukit yang bersambung dengan Sungai Kedah mendapati paras air sungai sudah melimpah dan sudah menghampiri rumah penduduk berhampiran.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata hasil pemantauan pihaknya di Sungai Anak Bukit mendapati paras air sungai semakin meningkat dan bergerak laju menuju laut.
"Setakat ini tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di Kedah iaitu satu di Kubang Pasu dan dua di Kota Setar yang menempatkan 168 orang daripada 55 keluarga.
"Jumlah mangsa dijangka bertambah sekiranya hujan lebat melanda dan pihak kami sudah bersiap sedia menghadapi bencana banjir di negeri ini, " katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya mengarahkan semua anggota di kawasan terjejas banjir supaya melakukan pemantauan berterusan dengan penduduk dinasihat berpindah segera sekiranya kediaman mereka dinaiki air berikutan paras air beberapa sungai sudah melepasi bahaya.
"Sebarang aktiviti memancing atau bermain air ketika ini tidak digalakkan kerana boleh mengundang bahaya.
"Kalau boleh sentiasa peka dengan keadaan semasa dan arahan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta status paras air sungai dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selain pasukan penyelamat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lepasi-paras-bahaya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|