View: 3048|Reply: 0
|
[Kedah]
Penat cuci rumah belum hilang, rumah masuk air lagi
[Copy link]
|
|
CHE Wa. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Alor Setar: "Belum hilang penat cuci rumah akibat banjir hujung bulan lalu, semalam kejadian sama berulang tetapi kali ini air masuk ke dalam rumah berserta lumpur," kata Che Wa Shafie, 70.
Che Wa adalah penduduk Kampung Bohor yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di sini semalam.
Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas kerana kedudukan rumahnya yang hampir dengan sungai.
"Penghulu kampung beritahu PPS dah dibuka, mak cik terus kemas apa yang patut dan terus pindah ke sini.
"Tapi fikir penat nanti nak cuci balik kawasan rumah akibat kesan banjir kilat yang berlaku kali ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Siti Aminah Ahmad, 72, pula berkata, setiap tahun rumahnya akan dilanda banjir kilat dua kali apabila menjelang perubahan monsun hujung tahun.
Katanya, dia mengambil keputusan untuk berpindah ke situ kerana bimbangkan keselamatan diri disebabkan usianya yang sudah lanjut dan tidak berdaya untuk menyelamatkan diri jika apa-apa berlaku.
"Lagipun tinggal di PPS ni banyak bantuan yang dapat, mak cik tunggu sampai air surut baru nak balik ke rumah," katanya yang turut memaklumkan suaminya baru meninggal dunia Ogos lalu.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat apabila 168 mangsa daripada 55 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di dua daerah setakat 4 petang hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umah-masuk-air-lagi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|