View: 942|Reply: 0
|
Robinho jalani hukuman dipenjara sembilan tahun di Brazil
[Copy link]
|
|
ROBINHO tidak dibenarkan jalani hukuman di Itali. -FOTO AFP
Milan: Bekas bintang bola sepak Brazil, Robinho akan menjalani hukuman penjara sembilan tahun kerana kesalahan merogol di Brazil.
November lalu pihak berkuasa Itali meminta pegawai Brazil membawa bekas bintang Real Madrid, AC Milan dan Manchester City itu menjalani hukuman penjara di tanah airnya selepas ekstradisinya ditolak atas sebab undang-undang.
Semalam, pendakwa raya di Brazil berkata mereka berpendapat bahawa pemain bola sepak itu boleh dan harus menjalani hukuman penjara itu di sana (Brazil).
Mereka memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ia selaras dengan perundangan negara dan memenuhi tujuan bersama dalam memerangi jenayah dan kerjasama kehakiman.
Kemungkinan Robinho akan menjalani hukuman penjara di Itali berikutan sabitan kesalahan serangan seksual pada 2017 di kelab malam Milan dan kegagalan rayuannya terhadap hukuman sembilan tahunnya ditolak kerana Brazil tidak membenarkan warganya yang dihukum di luar negara.
Laporan tempatan berkata Pejabat Pendakwa Raya Brazil menyatakan dalam perbincangannya dengan Mahkamah Tinggi bahawa kegagalan mematuhi permintaan Itali mungkin boleh menyebabkan Robinho melanggar undang-undang tanpa dikenakan hukuman.
Bekas pemain bola sepak itu adalah salah seorang daripada sekumpulan enam lelaki yang disabitkan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita Albania di kelab Milan pada 22 Januari 2013 ketika dia bermain untuk AC Milan.
Berita itu disiarkan pada November 2017.
Pemain berusia 39 tahun itu, yang nama sebenarnya Robson de Souza, mengikat semula kontrak dengan kelab zaman kanak-kanak Santos untuk kelab keempatnya pada Oktober 2020 tetapi tidak sampai seminggu kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lan-tahun-di-brazil |
|
|
|
|
|
|
| |
|