View: 2432|Reply: 8
|
Bas Tiba Lewat Ke Destinasi, Pemandu Wanita Dan Pembantu Buat Aksi Tak Senonoh Cium-Cium Pipi
[Copy link]
|
|
Menerusi klip video tular, salah seorang pekerja syarikat bas ekspres yang duduk dekat dengan gear dilihat mencium pemandu bas utama yang merupakan seorang wanita.
‘Aksi’ staf lelaki itu yang berkali-kali mencium pipi pemandu wanita berkenaan mengundang perasaan tidak senang para penumpang.
Ketika itu bas yang dikendalikan sedang bergerak dan dalam perjalanan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur selepas mengambil penumpang di Terminal Bas Larkin.
Menurut kapsyen pemilik video itu, bas tersebut dijadualkan bertolak pada pukul 3 petang, Isnin tetapi tiba lambat di stesen.
"Larkin ke TBS, bas 3 petang! Dah delayed, pukul 6 petang bas baru sampai... tak ada maklum apa-apa, alih-alih pemandu macam ni.
"erkhidmatan teruk! Yang bawa tu perempuan," luahnya.
Menerusi klip video kedua yang turut tersebar, lelaki berkenaan juga dilihat membantunya menukar gear semasa pemandu wanita itu sedang mengendalikan bas.
"Seorang bawa bas, seorang masukkan gear... siapa bawa bas macam ni," tambahnya lagi.
Situasi itu sekali gus mengundang kecaman warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa bimbang untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Difahamkan, aksi sumbang tersebut telah mendapat perhatian pihak syarikat bas persiaran terlibat.
Malah, kedua-dua pelaku terbabit dikenakan pemotongan gaji terakhir, selain dibuang kerja serta-merta.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Giler.....
Cer csi lg.....
Ni mesti laki org |
|
|
|
|
|
|
|
tU laki bini ke atau skandal? berani ye buat maksiat dlm bas |
|
|
|
|
|
|
|
Klau buat brdua duaan dlm bas msa bas tu tngh parking kat tmpt sunyi tu iol pun on tpi klau buat cmni msa bas tngh brgerak pastu dlm tu bnyk pnumpang, idok le iol nak buat |
|
|
|
|
|
|
|
kesian driver..
sebab fitnah orang dua-dua hilang kerja..
|
|
|
|
|
|
|
|
macam ada baca katanya fitnah kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang ni ketinggalan ke apo? Wartawan cari pon sama. Dah keluar berita kata pitenah kan.
I tgk video tu x mcm bercium pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha kelakar lah reputz cari ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca tadi driver perempuan tu pun dah buat report polis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|