CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3371|Reply: 0

[Kedah] Peniaga Langkawi minta hentikan isu 'pulau hantu'

[Copy link]
Post time 14-11-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Suasana di Restoran Bamboo Chenang beberapa hari lalu.



ALOR SETAR - Peniaga di Pulau Langkawi memohon orang ramai menghentikan isu 'pulau hantu' yang dianggap sengaja ditimbulkan sehingga menjadi bualan hangat kebelakangan ini.

Pengusaha Restoran Bamboo Chenang, Mior Johan Johari berkata, sektor pelancongan di pulau legenda itu masih berjalan seperti biasa malah rancak pada cuti sambutan perayaan Deepavali pada Ahad.

Katanya, fenomena pelancong kurang pada hari biasa juga bukan sesuatu yang pelik sehingga Langkawi boleh diberi jolokan 'pulau zombie'.



Mior Johan

"Normal lah kalau hari Isnin sampai Khamis, orang semua kerja, tetapi kalau hujung minggu ramai sahaja yang masuk ke sini.

"Malah semalam (Isnin) pun ada kapal persiaran mewah berlabuh di sini, semua mai makan bayar guna dolar," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Menurutnya, jolokan 'pulau hantu' dan 'pekan zombie' kepada pulau legenda itu boleh memberi gambaran buruk kepada pelancong luar yang berkira-kira hendak melancong ke Langkawi.

"Saya harap hentikan isu ini dan kepada yang merancang hendak melancong ke sini kami mengalu-alukan kedatangan anda, Langkawi masih sama seperti dulu," katanya.


Sementara itu, pengusaha Langkawi Country Lodge, Norhayati Abdullah berkata, dia masih menerima sambutan yang sama dalam kalangan pelancong luar yang tinggal di rumah penginapannya.


Antara pelancong luar yang menginap di Langkawi Country Lodge milik Norhayati.

"Tempahan saya juga penuh, ramai sahaja mat salih yang masuk ke Langkawi. Cuma tidak la mereka setiap masa berjemur di Pantai Chenang.

"Ini kerana saya menyediakan banyak aktiviti kepada mereka seperti memasak dan berjumpa penduduk kampung untuk mereka lebih mengenali budaya kita," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... kan-isu-pulau-hantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050170 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list