View: 3101|Reply: 0
|
Shahrul tekad jadi benteng kebal Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
Shahrul kembali dipanggil skuad kebangsaan selepas disisihkan pada Pestabola Merdeka ekoran kecederaan. - Foto ihsan FAM
PETALING JAYA – Benteng kental Harimau Malaya, Shahrul Saad berharap dapat diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dalam usaha membantu pasukan melakar keputusan positif.
Sebagai rekod, Shahrul tidak beraksi pada kempen Pestabola Merdeka bulan lalu kerana mengalami kecederaan dan kini dipanggil semula oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk aksi menentang kyrgyzstan dan taiwan.
Tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini berkata, kesempatan bermain dalam laman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya andai mahu memulakan aksi kelayakan peringkat kumpulan dengan langkah kanan.
“Kita sudah ada maklumat mengenai Kyrgyzstan dan kita tahu pemain yang mereka ada. Meskipun kedudukan ranking mereka lebih tinggi, saya harap pasukan mampu lakukan sesuatu untuk perlawanan itu nanti.
“Semua pemain berada dalam keadaan yang baik, motivasi pun bagus dan hari demi hari, kita boleh nampak keserasian kembali.
“Mengenai prestasi peribadi, saya mahu dapatkan kembali minit permainan tahun ini dan semestinya saya menantikan peluang untuk bersama skuad kebangsaan.
“Saya harap dapat peluang bermain pada kem kali ini dan jika diberi peluang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Kyrgyztan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis ini sebelum berlepas ke Taipei untuk harungi perlawanan kedua bertemu Taiwan pada Selasa ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... bal-harimau-malaya/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|