CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3740|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dr Ramasamy kumpul derma lebih RM1.52 juta untuk bayar Dr Zakir Naik

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Georgetown: Kempen pendanaan awam atau crowdfunding yang dilancarkan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, untuk membayar saman pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, mencapai sasaran hari ini.

Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu menerusi laman Facebook, menyampaikan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan padu terhadap dirinya dengan menyertakan tanda pagar, #SolidarityWithProfRama.

"Kami telah mencapai sebanyak RM1,523,187.38 setakat jam 11 pagi. Terima kasih atas sokongan memberangsangkan.

"Pendanaan awam dari 2 November pada jam 2.30 petang hingga 9 November, jam 11pagi, 164 jam dan 30 minit. Kurang daripada tujuh hari," tulisnya yang turut memaklumkan kutipan dana itu dihentikan serta merta hari ini.



Ramasamy menyifatkan kejayaan itu sebagai usaha hebat daripada para penyumbang daripada segenap lapisan masyarakat dan merupakan hadiah Deepavali terbaik buat beliau.

Sebelum ini, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 2 November lalu memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada penceramah berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Zakir dilaporkan akan menyerahkan sepenuhnya pampasan yang diterima itu untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Ramasamy pula dilaporkan mahu merayu keputusan kes terbabit di Mahkamah Rayuan.

Pada Oktober dan Disember 2019, Dr Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, pendakwah dari India itu mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya 'syaitan' menerusi media sosial Facebook.

Dr Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap, turut berkata Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017 dengan mendakwa Malaysia melindungi sebagaimana yang didakwanya pelarian dari India.

Saman kedua Dr Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019.

https://www.bharian.com.my/berit ... bayar-dr-zakir-naik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.259078 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list