CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1960|Reply: 0

[Kedah] Rasa macam duduk di ‘oversea’

[Copy link]
Post time 9-11-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penunggang motosikal melalui kawasan berkabus di Alor Setar pagi semalam.

ALOR SETAR – Cuaca sejuk dan kabus tebal luar biasa pada awal pagi menyelubungi beberapa daerah di negeri ini terutama di sekitar Alor Setar dan Jerai sejak kelmarin.

Tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya ini mendapati, orang ramai terutama yang dalam perjalanan ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah terpaksa menyalakan lampu ken­deraan masing-masing ekoran jarak penglihatan terhad.

Seorang jurujual, Kasim Omar, 55, memberitahu, cuaca berkabus tebal berlaku sejak awal pagi semalam dan berlarutan sehingga pukul 9.30 pagi.

“Waktu saya keluar ke tempat kerja kira-kira pukul 8.30 pagi, keadaan masih berkabus tebal. Memang terpaksa nyala lampu motosikal sebab takut kenderaan lain tak nampak kita.

“Selalunya pada waktu seperti ini memang sudah terang ben­derang. Sebelum ini pukul 7 pagi pun sudah panas, tetapi dua hari ini cuaca memang berbeza,” katanya semalam.


Keadaan kabus tebal di sekitar Alor Setar pada pukul 8.30 pagi semalam.

Jamil Aziz, 60, pula berkata, kebiasaannya cuaca hanya ber­kabus pada pukul 7 pagi dan tidak setebal seperti semalam.

“Terkejut keluar rumah pukul 8 pagi tadi untuk beli sarapan lihat kabus tebal macam dekat England pun ada. Cuaca pun sejuk,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, kea­daan kabus tebal itu akibat hujan lebat pada malam kelmarin di beberapa daerah negeri ini.

“Semalam (kelmarin) hujan, jadi banyak wap air di bawah, ditambah pula angin kurang, jadi fenomena kabus berlaku.

“Tempat yang banyak kabus selalunya di kawasan banyak pokok dan lembap apabila peralihan angin kurang.

“Kejadian ini setempat sahaja, apabila matahari naik dan suhu panas, kabus pun sudah tiada,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11/09/rasa-macam-duduk-di-oversea/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.620378 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list