View: 4254|Reply: 10
|
“Fon suami tertinggal lupa nak lock, aku terus check history akaun FB dia, ‘Group Janda %@&’, ‘Kenapa tak puas ketika s*ks’, ada chat dihujung mesej ‘Okey tak servis syg tadi?'”
[Copy link]
|
|
Aku Latipa, berumur pertengahan 20-an, tinggi 167cm, berat 66kg, putih-putih melepak, dan dulu bekerja sebagai PA syarikat marin.
Ofkoslah aku nak bagitau detail sebab aku nak kena judge kenapa benda ni terjadi dekat aku dan lelaki nak apa sebenarnya?
Termenung aku sendiri terkenang nasib setahun yang lalu. Setahun yang lalu, aku minta dilepaskan bekas suamiku kerana sesuatu yang aku sendiri tidak sangka.
Bekas suami baik, pendek-pendek tagap orang Sabah panggil, berkulit putih pink-pink. Minta apa saja sudah tentu akan ditunaikannya. Iphone baru, Macbook AirPro, honeymoon ke Semporna, ke Kundasang, ke Zamboanga, confirm akan ditunaikannya.
Awal perkahwinan kami sepakat merancang untuk tidak ada zuriat. Nak honeymoon kataku. Tanpa banyak soalan, dia mengiyakannya.
Alhamdulillah, semua baik saja sehinggalah suatu malam.
Malam itu jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Bekas suamiku kerjanya banyak terlibat dengan event di hotel grand-grand. So bila bercakap pasal event, sudah tentu sehingga pukul 3 ke 4 pagi jugak baru dia balik ke rumah.
Cumanya malam itu aku rasa lain. Aku whatsapp bekas suamiku bertanya agak-agak pukul berapa nak balik? Jawapan pertama katanya dalam pukul 12 malam. Usai 12 malam, katanya pukul 1 pagi.
Usai pukul 1 pagi mataku sudah mengantuk sebab tidak biasa berjaga malam. Tapi aku gagahkan juga. Aku pun lepak diruang tamu rumahku, melihat whatsappku tidak di ‘seen’, aku call tapi tidak diangkat. Risau semua ada.
Dalam kepalaku masatu, mungkin dia kemalangan ke, fon dia tertinggal kat ofis ke, tak pun dia tertidur ke. Biasalah isteri kan dia punya overthinking tu tak boleh nak bawak bincang. Takpelah aku sabar menunggu. Rilek, tenangkan fikiran.
Aku tidak tidur masatu, jam pun sudah menunjukkan pukul 4 pagi kalau di Borneo, tidak lama lagi akan azan Subuh. Alang-alang dah nak subuh ni, takyah tidur la kan.
‘Bunyi tombol pintu terbuka’. Oh bekas suami dah sampai. Okey, lega sikit rasa. Muka dia agak terkejut bila tengok aku masih terbangun dan sedang menatapnya masuk ke dalam rumah. Macam nampak hantu pun ada. “Abang.. lambatnya sampai” sapaku.
Tidak cakap banyak, dia terus masuk ke bilik, tanggal pakaian dan terus pergi mandi. Mataku terpanah melihat whatsapp di telefonnya. Fonnya tinggal macam tu je. Dia lupa nak lock.
“Wow! Whattt?? Seriously?” Aku check history serached dekat akaun Facebooknya, “Group Janda %@&”, “kenapa tidak puas ketika s*ks”. Aku check telegramnya, wechatnya, dan segala media sosialnya.
Dalam chat ada wanita yang menghantar mesej kepadanya, “Hotel H#%$, Pukul ****, RM300/hour” dihujung mesej perempuan yang the latest itu bertanya, “Okey tak servis sayang tadi?” Mesej ni 3 jam yang tadi. Sempat aku tangkap gambar mesej-mesej sweet diorang ni.
Bekas suami baru habis mandi. Cepat-cepat aku buat donno dan alihkan pandangan ke telefonku. Dia ternampak fonnya di sebelahku cepat-cepat dia mengambilnya.
Selang beberapa minit, aku cakap dekat dia nak pinjam fon nak beli barang kat shopee. Saitan apa yang merasukku tiba-tiba nak beli barang subuh-subuh kan?
Dah dapat fonnya, aku check balik whatsapp perempuan tadi, eh dah hilang. Dah delete agaknya.
Takpelah, aku pun bukaklah shopee kan. Kebetulan shopee tu dia link dengan akaun banknya.
Apalagi, memang dirasuk saitan masatu, aku belanja je beli barang-barang merepek sampai nak dekat dua ribu dia habis. Selalunya aku berkira-kira pasal bajet. Bagiku RM300 tu pun dah dikira banyak untuk skincare.
Ahh lantaklah.. Daripada kau perabis duit bayar betina tu, baik aku perabis duit kau.
Selama ni aku taknak pun kau spoil aku dengan macam-macam sebab aku kesian tengok kau kerja sampai pagi sampai takda masa dengan aku. Ohh rupanya masa kau habis dekat betina-betina kat luar kan. Takpelah dua ribu ni sikit je kan.
Keesokan harinya dia cuti tidak bekerja. Seharian juga dia tidur, zohor baru terbangun. Aku tak masak, aku tak kemas bilik, aku tak cuci kain, aku tengok TV je sampai aku rasa nak tembus mata aku tengok TV tu.
Mata ni kalau ada laser dah tembus dah sampai kat tandas jiran. Pastu dia pun tanya, “kenapa tak masak yang? Abang lapar.” Aku kata takdak mood. Nak makan luar. Perkataan MAKAN LUAR tu aku tekan sikit.
Pertama kali dalam hidup aku, aku takdak selera nak makan. Sebelum tu elok je makan apa pun okay. Seharian aku sabarkan. Aku taknak meletup siang-siang.
Lepas je solat maghrib berjemaah dengan bekas suami, dia nak aku salam tangan dia tapi aku kata aku tak nak. Aku jijik! Panjang sebenarnya drama dekat situ tapi aku pendekkan.
Aku tanya bekas suami kenapa buat benda tu? Katanya sebab aku yang tidak bersedia untuk ada zuriat. Padahal kami sudah sepakat dengan persetujuan tu masa awal perkahwinan dan padahal usia perkahwinan kami baru sahaja enam bulan.
Banyak persoalan yang aku lontarkan. Persoalan demi persoalan sehingga aku rasa aku ni tidak cukupkah? Padahal setiap kali dia minta aku untuk tunaikan tanggungjawab sebagai isteri, aku akan tunaikan. Tidak pernah sekalipun aku menolak.
Pernah jugak terjadi, period baru hari keempat tapi dia minta juga. Takpe aku tunaikan. Satu lagi aku tanya dia, ‘so kalau kau main dengan betina tu, betina tu boleh bagi kau anak ke?’
Masani aku takleh kawal emosi dah. Suaraku mendatar tapi ayatku makin pedas. Aku tak boleh tinggi suara sebab dia masih suamiku masatu.
Atas dasar kesihatan, aku minta untuk dilepaskan. Aku tidak yakin sudah berapa banyak perempuan kat luar sana yang bekas suami ‘main’, aku tidak mahu dijangkiti apa-apa.
Walaupun bekas suami kata dia masih ‘clean’ dan janji tidak buat lagi, aku was-was dan tawar hati. Kami pun berpisah cara baik.
Bila family tanya kenapa nak berpisah, aku tidak menyuarakan sebab sebenar kerana aku masih menjaga aib dan air mukanya. Alasan kami berpisah mudah, ‘Kami sudah tiada persefahaman dan mahu membawa haluan masing-masing’.
Menangis bekas suamiku, merayu, minta ampun, minta untuk tidak berpisah. Kepala otakku yang degil ini tiada toleransi bab-bab begitu. Lantak kaulah nak main dengan banyak betina.
Short and sharp setahun sudah pun berlalu. Aku masih single tiada boyfriend. Title janda yang aku bawak ni buat aku menjauh dari kalangan keluarga.
Malas aku dipersoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Lagi malas aku nak pergi kenduri kahwin keluarga. Sudah tentu mereka akan bertanya mana suamiku sebab yang tahu aku sudah bercerai ni pun hanya dalam kalangan keluarga terdekat saja.
Aku pun mengambil keputusan untuk tinggal dan bekerja sendiri di Malaya. Tidak pernah-pernah aku tinggal jauh dari keluargaku ya.
Sepanjang disini, Alhamdulillah aku tidak perlu hadap soalan-soalan sensitif. Tiada yang mengenaliku mahupun mengetahui statusku.
Statusku inilah yang buat aku rasa, sudah tiada lagi lelaki di dunia ini yang mahukan aku. Sehingga aku rasa aku tidak layak untuk jumpa lelaki yang baik lagi.
Lagipun aku segan nak bagitau yang aku pernah berkahwin. So biarlah masa yang tentukan segalanya.
Sekian, anak rantau yang jauh rindukan rumah.
– Latipa (Bukan nama sebenar) via IIUMC
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kadang malas nak check, tapi rasa membuak nak check... Dah check sakit hati sendiri
Haih penat lah |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 9-11-2023 10:57 AM
Kadang malas nak check, tapi rasa membuak nak check... Dah check sakit hati sendiri
Haih penat lah
Bagus juga dia check. Kalau tidak, x pasal2 kena penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik cek.. tau awai2.. bleh angkat kaki awai2.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik tak menjamin bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
elok check, biar sakit hati awal, gaduh ke berantam ke bercerai ke pun takpe dari kunun2 isteri solehah diam2 tak check hp buat2 ignore tau2 kena std, pastu mandul paling hauk kena cancer
lg jilaker
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh gaduh lah, janji puas hati.. Dari kena tipu kan
|
|
|
|
|
|
|
|
betul dari kunun2 nak aman2 chill2 skali hidup mcm neraka mcm2 bala terpalit sama kan naya
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari malam2 nangis bucu katil, punya nak tipu diri sendiri bahagia dgn suami yg curang
Choi mintak jauhlah
|
|
|
|
|
|
|
|
iya cuols kalau dah termandul atau kena aids nk patah balik takde ubat. pak2 setat je yg asyik kata bini2 ni durhaka, jgn persoal hal laki, buat hal sndiri katanya. gila ke. zmn skrg pelacur merata2. yg ppuan2 bujang + bini org pun sama sundelnya sng2 je kangkang sana sini
menghindar lg baik dar mengubati gituh
|
|
|
|
|
|
|
|
Bosan lah sikit2 bini derhaka, bini nusyuz, bini degil
Bini tu elok lah, ko yg buat dia jadi gitu.. Takkan dia mental kot
Ni bini diam mestilah ada sebab merajuk sbb tengok fon ko ke apa
Takkan tiber dia mental nak diam mcm bodoh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|