CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5676|Reply: 0

[Terengganu] ‘Kampung kami banyak kawah bulan’

[Copy link]
Post time 4-11-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Kiat Wang menunjukkan sebahagian jalan rosak yang tidak dibaiki di Kampung Lembah Jaya, Setiu semalam.

SETIU – Penantian kira-kira 5,000 penduduk untuk melihat jalan rosak di Kampung Jaya di sini dibaiki masih belum berhasil apabila projek baik pulih yang dilakukan sejak lebih dua tahun lalu itu terus tertangguh.

Kerja-kerja pembaikan laluan sejauh hampir tiga kilometer itu telah bermula pada Mei 2021, namun beberapa kali tertangguh tanpa diketahui puncanya.

Seorang penduduk, Mohd. Rafi Ya, 58, berkata, laluan asal tersebut pada asalnya mengalami kerosakan dan mendapan.

“Begitupun, kerja-kerja pembaikan tidak siap-siap dan pihak kontraktor sekadar menimbus tanah merah di laluan yang terjejas sebelum projek yang sepatutnya selesai dalam tempoh dua tahun tersebut tiba-tiba terhenti pada bulan Ogos lalu.

“Cuaca yang tidak menentu menyebabkan mendapan yang berlaku semakin serius sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya,” dakwanya ketika ditemui di Kampung Lembah Jaya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Wang Kiat Wang, 68, pula mendakwa, mereka tiada pilihan selain terus melalui laluan tersebut setiap hari sebagai akses utama keluar masuk ke perkampungan tersebut.

“Sudah banyak kenderaan penduduk mengalami kerosakan akibat terpaksa melalui struktur jalan utama yang mendap dan berlubang-lubang,” katanya.

Bagi Mohd. Syukri Mohd. Nor, 50, pula, dia merayu kerja-kerja baik pulih jalan berkenaan diterus­kan semula dan disiapkan sepenuhnya sebelum ketibaan musim tengkujuh tidak lama lagi.

“Kampung kami memang be­risiko dilanda banjir pada musim tengkujuh. Risau operasi penyelamat ke pusat pemindahan sementara (PPS) kelak menjadi sukar sekiranya jalan utama ini terus dibiarkan rosak,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... banyak-kawah-bulan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.412091 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list