CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3689|Reply: 0

[Kedah] 24 rumah di Pendang terjejas akibat ribut

[Copy link]
Post time 1-11-2023 10:49 PM | Show all posts |Read mode
24 rumah di Pendang terjejas akibat ribut


Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 1, 2023 @ 10:24pm [email protected]




Bumbung rumah penduduk di Kampung Pulau Machang diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang tadi. - Foto ihsan APM




PENDANG: Kira-kira 24 rumah di dua kawasan Mukim Ayer Putih, di sini, mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat dibadai ribut petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang di Taman Seri Delima, Jalan Jenun dan Kampung Pulau Machang, di sini.

Katanya, kawasan yang terjejas teruk adalah perumahan di Taman Seri Delima membabitkan 23 rumah didiami 72 mangsa, manakala di Kampung Pulau Machang pula sebuah rumah didiami dua mangsa.

"Pihak APM Pendang turut menerima panggilan berkaitan pokok tumbang yang menghalang laluan di Perumahan Keda Asam Jawa serta Klinik Kesihatan Pendang.

"Namun, tiada kerosakan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini setakat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yuslina berkata, ketika kejadian keadaan cuaca mendung dan hujan renyai, malah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081316 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list