CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2760|Reply: 0

[Kedah] Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu tuntut Penjana 2.0

[Copy link]
Post time 1-11-2023 05:43 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan kemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu bagi menuntut insentif berjumlah RM24,500 bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 dua tahun lepas. Nur Kesuma Kartini, pemilik syarikat Aisy Maju Abadi Trading didakwa memberikan tujuh borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama syarikat itu kepada seorang ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menuntut insentif berkenaan di Mahkamah Sesyen hari ini. Tertuduh didakwa memperdayakan PERKESO dengan mengemukakan kesemua dokumen yang mengandungi butiran palsu, iaitu tujuh borang pekerja yang dinamakan dalam dokumen itu yang bukan pekerja Aisy Maju Abadi Trading. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA



ALOR SETAR - Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi menuntut insentif berjumlah RM24,500 di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0, dua tahun lepas.

Nur Kesuma Kartini Mohamad Zahir, 41, pemilik syarikat Aisy Maju Abadi Trading didakwa memberikan tujuh borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama syarikat itu kepada seorang ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menuntut insentif berkenaan.

Tertuduh didakwa memperdayakan PERKESO dengan mengemukakan kesemua dokumen yang mengandungi butiran palsu, iaitu tujuh individu yang dinamakan dalam dokumen itu bukan pekerja Aisy Maju Abadi Trading.

Dia dituduh melakukan semua perbuatan itu di Pejabat PERKESO, Jalan Teluk Wanjah di sini pada 22 Jun 2021, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah membenarkan tertuduh yang kini berniaga kecil-kecilan diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Disember ini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, SSujatha, manakala tertuduh diwakili peguam, Ummi Kalthum Zakaria. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/a ... u-tuntut-penjana-20

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.088534 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list