CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1007|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki Syria bersalah kes culik boleh pulang jumpa keluarga di Tebing Barat

[Copy link]
Post time 31-10-2023 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Syria bersalah kes culik boleh pulang jumpa keluarga di Tebing Barat


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 31, 2023 @ 5:49pm [email protected]




Maher Karkazan ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman kerana menculik rakan senegara. - NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI




GEORGETOWN: Seorang bekas tentera Syria dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana menculik rakan senegara pada 2019.

Keputusan dibuat Hakim Rofiah Mohamad selepas mempertimbang pelbagai perkara termasuk pengakuan tertuduh, Maher Karkazan, 36, terhadap pertuduhan pilihan, selain rayuan dibuatnya untuk pulang ke Syria dan bersatu semula dengan keluarganya yang terjejas akibat perang Israel-Palestin.

Maher sebelum ini berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau sebatan jika tidak dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam, R Dev Chander.

Bagaimanapun, tertuduh ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda, selepas Dev Chander memohon representasi sebelum dibenarkan Jabatan Peguam Negara.

Mengikut pertuduhan pilihan, Maher didakwa menculik Maher Kattan Mohamad, 22, iaitu pekerja kedai Mr Shawerma di Tanjong Tokong pada 6 Jun 2019.

Dalam rayuan, Dev Chander meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman lebih ringan terhadap tertuduh.

"Keluarga tertuduh tinggal berdekatan Tebing Barat dan dia juga kehilangan isterinya pada 2019 lalu selepas kampung mereka dibom.

"Selain itu, ia kesalahan pertama tertuduh selain mangsa yang diculik berjaya dijejaki polis dalam tempoh kurang empat jam serta tiada rekod penerimaan wang tebusan.

"Malah, pengakuan bersalah daripada anak guam saya itu juga sudah menjimatkan masa dan kos selain dia kesal dengan tindakannya," kata Dev Chander.

Hakim ketika membacakan keputusan berkata, tertuduh ditahan dan direman lebih empat tahun dalam situasi keluarga berada berhampiran tempat bergolak dan ia penderaan mental yang sudah membentuk satu hukuman kepada tertuduh.

"Memandangkan tertuduh sudah menjimatkan masa mahkamah, saya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula dari tarikh tangkapan dan semoga tertuduh selamat kembali ke negaranya bagi bertemu keluarga serta dilindungi Allah SWT," katanya.

Rofiah turut mengarahkan pegawai penjara menghubungi pegawai UNHCR bagi memudahkan dokumen berkaitan untuk pengusiran tertuduh ke Syria dan sebaik kes selepas, pihak polis menyerahkan Maher kepada pihak imigresen di luar mahkamah.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.321781 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list