CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13100|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin

[Copy link]
Post time 28-10-2023 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin

28 Oktober 2023  08:41pm







Adam Adli - Foto Bernama



GEORGE TOWN - Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, penerapan nilai-nilai murni penting kerana tidak mahu pelajar diberikan gambaran tidak tepat atau salah tafsir hingga menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak.



"Pelajar perlu faham isu (Palestin) ini adalah isu global maka, mereka perlu diberi peluang untuk menelaah, meneliti menulis dan mendedahkan diri dengan bahan media yang menggambarkan situasi sebenar supaya lebih menghayati maksud solidariti dan setiakawan.

"Gambaran tepat juga perlu diberikan betapa dunia perlukan keamanan...Ini menjadi tanggungjawab para pendidik untuk mendidik anak-anak mengenai keamanan sejagat selain aktiviti yang mampu memupuk semangat dan nilai yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen AMK Zon Utara di Pen Mutiara, Batu Maung di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam yang dijadual bermula esok.

Mengulas lanjut, Adam yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, inisiatif kerajaan menganjurkan program sedemikian merupakan satu usaha yang baik namun bagaimana ia diterjemahkan perlu diteliti khususnya di peringkat pelajar yang masih kabur mengenai isu terbabit.


"Anak-anak di sekolah hari ini berhadapan dengan waktu yang mana orang sekeliling mereka bercakap soal Palestin tapi apa pendidikan yang kita bagi kepada anak-anak?

"Kita bimbang jika mereka ini tidak diberi bimbingan yang betul akan ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk memesongkan minda mereka," katanya.





Beliau yakin KPM mempunyai garis panduan dan berharap ia mencukupi supaya pelajar dapat diberikan peluang seadilnya untuk sama-sama menghayati semangat dan maksud sebenar solidariti untuk Palestin.

Terdahulu, dalam kenyataan bersama kesemua ADUN terbabit menjelaskan Program Minggu Solidariti Palestin patut dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur dendam dan keganasan.








Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini pula menjelaskan program membabitkan replika senjata mainan di sebuah sekolah yang sedang tular tidak mengikut garis panduan ditetapkan kerajaan.


Katanya, program berkenaan tidak termasuk dalam pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dijadual bermula esok hingga 3 November ini. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.422868 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list