View: 5932|Reply: 11
|
Auntie Purple Selar Netizen Yang Suka Kaitkan Semua Perkara Dengan Isu Palestin
[Copy link]
|
|
Pempengaruh Auntie Purple membidas sikap segelintir pengguna media sosial yang suka menghukum individu lain berhubung situasi tegang yang berlaku di Palestin ketika ini.
Auntie Purple mula membuka mulut apabila terlihat satu komen yang mengecam peniaga kononnya tidak peka terhadap insiden berdarah di negara bergolak itu.
“Semalam saya lihat ‘live’ ada orang menjual baju, ada satu komen macam (berbunyi) ni ‘Orang tengah perang di Palestin, kau sibuk buat live. Siapa nak beli baju kau ni?”
Melihat komen itu, beliau berkata, orang ramai terutama rakyat Malaysia perlu memahami maksud sebenar ‘solidariti’.
“Cukuplah! Cukup! Ini sudah melampau. Dia buat live meniaga, itu kerja dia. Dia sedang bekerja. Orang bekerja di media sosial dan korang (orang ramai) kecam?” katanya.
Tindakan segelintir pengguna laman sosial yang sering mengecam orang dalam semua hal mengenai Palestin membuatkan ‘Auntie Purple’ meluat.
“Tak ‘update’ (kemas kini) isu Palestine di sosial media, kena kecam. Buat ‘live’ meniaga di sosial media, kena kecam.
“Lambat muat naik kena kecam. Buat reviu kena kecam. Pergi melancong pun kena kecam.
“Masalahnya bila buat pasal (tentang) isu Palestin, bila kurang ‘post’ (hantaran) dikata asal boleh, terlebih ‘post’ dikata ‘terpaling’ Palestin,” luahnya.
Tambahnya, itu cara mereka mencari rezeki di sosial media dan meminta orang ramai supaya memahami.
“Kami bekerja, korang (orang ramai) pun bekerja,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Diorang yang terpaling ni sebenarnya virtue signalling je. Sampai tak leh buat apa langsung. Palestin, palestin jugak. Yang kita kat sini dok kalut pasai palestin takkan sampai nak buat apa pun tak boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling palestin, iols pun masih peram video2 tak post kt reel risau kang ada komen2 suh ingat pasal palestine |
|
|
|
|
|
|
|
Tau xpe. Hidup harus diteruskan... aderrr... |
|
|
|
|
|
|
|
sian org yg carik makan dgn post reels kat ig tu ha, ramai yg tak post apa2 padahal mmg income dorang mmg buat view produk masak2/mekap, review garam gula cili bagai aihh asal org tu post kena kecam tak sensitip. dah tu kita semua kena mati tak makan jugak ke mcm mana
walhal yg carik income kat socmed tu ramai je menyumbang utk palestin, boikot2 gak tp jgn la dgn kita2 kat sini tumbang sama
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah la iols post je mcm biasa
cuma nya yg ngarut2 xde la post skrng ni
mcm mngu lepas bercuti dah plan dari bulan 6
iols post je la utk simpan kt igs iols tu
kt highlight iols
kdng kena nk tgk2 balik kt socmed tu jugak la
lantak la org nk ckp apa pon
bukannya kita lgsung x amik tau apa yg jadi kt sana
|
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 6-11-2023 04:09 PM
sian org yg carik makan dgn post reels kat ig tu ha, ramai yg tak post apa2 padahal mmg income dor ...
Smlm termasuk live imran bard, dia buat live kt studio sapatah rasanya hat budak nuffnang kot.
Buat live pun sbb ada contest lepak ngn imran bln depan so nk bitau pasal tu.
Dia kata dia dh lama tak buat live dan jarang post apa2 gara2 isu sensitif nih laa
Menda tgh panas ni influencer pun jd risau nak post content takut salah post kena kecam kata tak prihatin bagai.
Kalau ikut netizen tak bg org lain happy, tak leh bercuti takleh post mknn sedap dan mcm2 lagi
Kalau boleh nk suh page org tu penuh gambar dan bideo bebudak pecah muka jelaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
lifeline replied at 6-11-2023 04:16 PM
ntah la iols post je mcm biasa
cuma nya yg ngarut2 xde la post skrng ni
mcm mngu lepas bercuti dah ...
Kita hat sendu ni takde masalah org tak kacau sgt
Tp hat pemes ni la yg akan kena teruk
Semua menda nak kena ikut kata netizen |
|
|
|
|
|
|
|
tu la frenlist aiols ramai mak2 suri rumah yg hari2 post content masak2 mcm2 jenis masakan. bila follower makin ramai dorang dpt laj ob buat review periuk belanga, perencah masakan mcm2 la. skrg kesian bila post kena kecam, post kena kecam, dorang pun antara yg aktif jugak menyumbang derma, boikot bagai. serba salah padahal dorang ada tanggungan juga. takat tu je lah yg boleh kita bantu pun. hari2 post gambar2 kematian yg dasyat tu pun buat kita kemurungan, sedih tak terkata
|
|
|
|
|
|
|
|
tula kesian jugak hat femes2 ni
mmg buat apa saja ada jeeeee kena komplen kan
p bercuti pon netizen mengata
tinggal anak pon netizen mengata
xpost pasal palestine pon netizen mengata
kengkadang aku rasa mcm hat2 femes2 ni especially tiktokers yg dh org mengata baru nk post ni mcm terpaksa pulak post utk selamatkan diri dari dicerca
mmg betul2 hidup ikut apa yg netizen nak
netizen pulak mcm xde keje lain
asyik la nk cari salah silap geng2 yg femes2 ni hahahah
nasib la hadappp la ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Serius memang naik meluat dengan orang yang acah2 terpaling terkesan dengan isu Palestin sekarang ni... Asyik nak judge orang je kejenya. Semua tak kene... Cara dia je la yang paling betul. Tak sokong Palestin for sure kene kecam, neutral pun kene kecam.. Sokong palestin tapi tak sama dengan cara dia pun kene kecam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|