View: 1134|Reply: 0
|
Son, Maddison bawa Tottenham ke puncak liga
[Copy link]
|
|
SON Heung-min (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Tottenham mengalahkan Fulham di London. - AFP
LONDON: Tottenham mencatat permulaan terbaik mereka dalam tempoh lebih 60 tahun selepas menumpaskan Fulham 2-0 di tempat sendiri awal pagi tadi, sekali gus merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan dua mata.
Ketua pasukan, Son Heung-min meledak gol ketujuhnya musim ini, dan James Maddison turut mencetak nama sebagai penjaring bagi mencatat kemenangan ketujuh dalam sembilan aksi liga.
Rembatan lencong kaki kanan Heung-min mencecah penjuru gawang lawan pada minit ke-36 untuk jaringannya yang ke-50 di stadium baharu Tottenham sejak dibuka pada 2019.
Dia kemudian mencipta gerakan untuk gol Maddison yang tenang menolak bola masuk pada awal babak kedua.
Spurs belum kalah dalam saingan EPL sejak diambil alih oleh pengurus baharu, Ange Postecoglou untuk mengumpul 23 mata, dua mata mengatasi juara bertahan, Manchester City dan Arsenal.
Mereka akan berkunjung ke Crystal Palace Jumaat ini dan berpeluang menjarakkan kedudukan kepada lima mata, manakala Fulham di tangga ke-13 dengan 11 mata.
Walaupun menang, Postecoglou tidak terlalu gembira dengan prestasi anak-anak buahnya.
“Keputusan yang bagus kerana Fulham pasukan yang sukar ditembusi.
“Pada separuh masa kedua kami agak menurun, kami tidak beraksi pada tahap sebenar,” kata jurulatih dari Australia itu kepada Sky Sports. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ham-ke-puncak-liga/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|