View: 909|Reply: 0
|
Aksi Sri Pahang, TFC kekal pada 29 Oktober
[Copy link]
|
|
DATUK Mohammed Suffian Awang. -FOTO NSTP
Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengesahkan jadual perlawanan aksi Liga Super antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC (TFC) kekal pada 29 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata walaupun pengurusan TFC meminta penangguhan dan tarikh perlawanan baharu pada 14 November depan, tetapi SPFC tidak dapat menunaikan permintaan itu.
"Keputusan untuk mengekalkan tarikh perlawanan itu juga berdasarkan jadual asal dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang ditetapkan sebelum ini.
"Pada masa sama, kita juga bimbang akan kehilangan beberapa pemain kerana pada tarikh itu (14 November) adalah kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
"Kemungkinan pemain Sri Pahang seperti Sergio Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin atau Nor Azam Azih akan bersama skuad Harimau Malaya.
"Begitu juga dua import iaitu Kpah Sherman dari Liberia dan Kevin Ingreso (Filipina) yang dijangka menyarung jersi negara masing-masing.
Sementara itu, Mohammed Suffian berkata, kelab itu percaya Sri Pahang mampu menempatkan kedudukan tiga terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.
Katanya, biarpun bakal berdepan cabaran getir, skuad kendalian Fandi Ahmad tidak perlu berasa tertekan dalam usaha merealisasikannya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kal-pada-29-oktober |
|
|
|
|
|
|
| |
|