CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4414|Reply: 0

FAM serah pada Pan Gon buat bedah siasat

[Copy link]
Post time 21-10-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman

Kuala Lumpur: Kegagalan skuad Harimau Malaya di pentas final Pestabola Merdeka Selasa lalu perlu diperbaiki segera dengan membuat satu bedah siasat bagi meneliti punca kekalahan di tangan Tajikistan serta menilai prestasi keseluruhan pasukan di saingan itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya menyerahkan kepada pengendali negara, Kim Pan-gon untuk membuat bedah siasat mengenai persembahan keseluruhan Harimau Malaya dalam kejohanan terbabit.

"Belum lagi (buat bedah siasat prestasi Harimau Malaya dalam Pestabola Merdeka), itu kita serahkan kepada Kim Pan Gon," kata Noor Azman.

Bedah siasat mengenai persembahan Harimau Malaya terutama ketika tewas 0-2 kepada Tajikistan dalam aksi final, Selasa lalu harus dilakukan dalam usaha untuk memperbaiki kelemahan pasukan negara.

Perkara itu penting kerana skuad Pan Gon bakal berdepan kejohanan lebih besar selepas ini dengan ujian paling dekat adalah aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Kyrgyzstan, 16 November ini.

Selain kempen kelayakan itu, Harimau Malaya juga hanya memiliki tempoh tidak sampai tiga bulan untuk menghadapi pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.

Skuad negara memperagakan aksi terbaik apabila mengalahkan pasukan ranking 102 dunia, India 4-2 dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2023, namun persembahan kurang menjadi ketika berdepan Tajikistan menyaksikan Harimau Malaya terpaksa akur terlepas gelaran juara.

Ia kekalahan kedua yang dihadapi Harimau Malaya sepanjang tahun ini selepas tewas 0-3 kepada Thailand dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF di gelanggang lawan, Januari lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-buat-bedah-siasat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.199401 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list