CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 982|Reply: 0

[Pulau Pinang] Masjid, surau di Pulau Pinang diminta terus adakan solat hajat, baca Qunut Nazilah

[Copy link]
Post time 19-10-2023 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Masjid, surau di Pulau Pinang diminta terus adakan solat hajat, baca Qunut Nazilah

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
  19 Oktober 2023   06:50pm






Bantuan kemanusian Palestin yang dilancarkan Kerajaan Pulau Pinang dan MAINPP. Mohamad (kanan).



GEORGE TOWN - Semua masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang diminta supaya terus melaksanakan Qunut Nazilah dalam solat Jumaat sebagai solidariti kepada rakyat Palestin.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, selain itu, surau dan masjid juga diminta mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat secara serentak.



"Dipohon kerjasama kepada semua masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang untuk terus melaksanakan Qunut Nazilah dalam solat Jumaat.

"Ia diikuti solat sunat hajat selepas solat Jumaat secara serentak esok (Jumaat) sebagai solidariti kepada rakyat Palestin," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memohon semua masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang melaksanakan solat hajat secara serentak selepas solat Jumaat pada 13 Oktober lalu bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Solat hajat berkenaan juga sebagai solidariti umat Islam di bumi Gaza.


Sementara itu, Mohamad berkata, kerajaan negeri dan MAINPP akan menerima sumbangan dana kemanusiaan umat Islam Gaza daripada orang awam.

Katanya, penerimaan sumbangan itu akan diadakan pada Jumaat di Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.



"Majlis tersebut akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Pulau Pinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada jam 12 tengah hari. Sasaran kutipan adalah berjumlah RM500,000.

"Selain orang awam, kerajaan negeri, MAINPP, ahli korporat dan beberapa individu turut menyumbang dalam dana berkenaan.

"Sumbangan ini sudah bermula sejak 13 Oktober lalu termasuk yang menyumbang melalui dalam talian dan e-Wallet," katanya lagi.

Mohamad berkata, majlis turut menyediakan pameran khas sempena memperingati Gaza selain bagi memberi pendedahan umum kepada orang ramai.

Ia akan dipamerkan oleh agensi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di pekarangan masjid tersebut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.183939 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list