View: 3778|Reply: 0
|
[Kedah]
Gurun banjir kilat, enam kampung terjejas
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/gurunnn_1697512860.jpg)
Anggota APM Kuala Muda mencuci rumah penduduk yang terjejas akibat banjir kilat sejurus selepas air surut. NSTP/Ihsan APM
Gurun: Banjir kilat yang melanda mukim ini sejak semalam menyebabkan 74 mangsa daripada 21 keluarga di enam kampung di sini, terjejas.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad, berkata kampung yang terjejas ialah Kampung Jelatang dengan tujuh keluarga, Kampung Sungai Kunyit (lima), Kampung Pekan Atap (lima) Kampung Sungai Badak (dua) dan masing-masing satu keluarga di Kampung Belakang Mahkamah Gurun serta Kampung Tepi Taman Gurun Jaya /Ladang Hock Kim.
Bagaimanapun, katanya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini dan tiada mangsa yang berpindah dari kediaman mereka.
"Hujan lebat melebihi dua jam bermula jam 10.25 malam semalam menyebabkan kawasan di Mukim Gurun di daerah ini terjejas akibat banjir.
"Limpahan air secara mengejut dan berlebihan menyebabkan kebanyakan rumah mangsa dinaiki air kerana terletak di kawasan rendah serta berhampiran sungai," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Azahar berkata, kejadian itu menyebabkan banyak kerosakan harta benda penduduk.
Beliau berkata, paras kedalaman air pula setinggi antara 0.3 meter hingga 0.5 meter dan air sudah mulai surut ketika ini.
"Tindakan yang dilakukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda ialah mengenal pasti punca kejadian dan menasihatkan penduduk supaya berpindah jika hujan masih berterusan.
"Anggota kami turut melakukan kerja pembersihan di rumah mangsa yang terjejas, melakukan pemantauan di kawasan sungai dan mengumpul maklumat kejadian, selain butiran mangsa," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... am-kampung-terjejas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|