CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3733|Reply: 0

[Pulau Pinang] ‘Ringan sikit beban dapat bantuan sekolah RM150’

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode

BANTUAN Awal Persekolahan sebanyak RM150 akan disalurkan Kementerian Pendidikan kepada pihak sekolah sebelum diagihkan kepada lebih 5.2 juta murid Januari tahun depan. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Ibu bapa terutamanya dalam kalangan berpendapatan rendah (B40) menarik nafas lega apabila Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diteruskan tahun depan sekali gus membantu meringankan beban menyediakan keperluan sekolah anak-anak.

Rata-rata mereka menyifatkan bantuan itu sangat bernilai terutamanya bagi yang ramai anak apabila perlu menyediakan keperluan persekolahan, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada masa sama.

Pekerja swasta, Roslinda Ahmad, 43, berkata, pemberian BAP paling ditunggu-tunggunya memandangkan tahun depan adalah tempoh paling getir untuk mereka sekeluarga.

“BAP sangat penting bagi kami kerana sesi persekolahan tahun depan dijadualkan serentak de­ngan sambutan 1 Ramadan. Duit bantuan ini akan dibelanjakan untuk membeli buku-buku sekolah dan yuran Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA).

“BAP sebanyak RM150 juga rezeki untuk lima anak saya yang bersekolah termasuk seorang yang akan memasuki ke darjah satu pada tahun depan,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Sementara itu, bagi operator kilang, Aishah Rahman, 41, bantuan persekolahan itu dapat meringankan beban ditanggung ketika ini yang berdepan kenaikan harga barangan keperluan.

“Ini merupakan berita paling gembira buat golongan ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri dengan jumlah anak yang ramai. Kami memang sangat memerlukan bantuan ini untuk empat anak yang bersekolah.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kos sara hidup yang semakin mencabar selain tanggungan hutang yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, rasa gembira itu turut dikongsikan kakitangan swasta, Nur Nadia Hanim Mohd. Rafiq, 38, yang memberitahu, keseluruhan BAP yang bakal diterima adalah RM450 dan akan digunakan sepenuhnya membuat persiapan sesi persekolahan baharu pada Mac tahun depan.

“Lega sangat-sangat apabila bantuan persekolahan ini dite­ruskan kerana menyediakan persiapan persekolahan tiga anak sekali gus bukan mudah dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Alhamdulillah dapatlah saya gantikan pakaian seragam, beg, kasut serta buku anak-anak nanti,” katanya yang mempunyai anak darjah enam, lima dan tiga pada tahun hadapan.

Seorang ibu tunggal, Siti Nurashikin Fadil, 37, menyifatkan keprihatinan kerajaan dalam mendengar keluhan ibu bapa berpendapatan kecil sangat dihargai terutama yang memerlukan peruntukan besar dalam keperluan persekolahan.

“Ketika ini kami berjimat-cermat dengan mengutamakan pembelian barangan keperluan berbanding kehendak.

“Bantuan disalurkan kerajaan ini meringankan beban saya yang perlu memikirkan persiapan raya (Aidilfitri) apabila kebetulan pe­rayaan itu disambut tidak lama selepas sesi persekolahan baru dibuka,” jelasnya.

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... tuan-sekolah-rm150/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050783 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list