Pereka fesyen ternama negara, Rizman Ruzaini membanggakan negara apabila busana rekaannya digayakan model tersohor antarabangsa, Naomi Campbell.
Naomi menggayakan busana berwarna hitam dengan sentuhan kristal halus itu sebagai penutup pertunjukkan Minggu Fesyen Dubai sempena koleksi musim bunga/panas 2024.
Rekaan tersebut diilhamkan daripada kisah rakyat terkenal Pahang iaitu Naga Seri Gumum atau Naga Tasik Chini yang juga merupakan sebuah legenda nusantara.
Majlis tersebut dihadiri barisan selebriti, pempengaruh serta media terkenal yang melaporkan berkenaan perkembangan dunia fesyen di rantau tersebut.
Rizman Ruzaini turut memuat naik gambar mereka berjalan beriringan bersama model berusia 53 tahun itu di atas pentas peragaan.
Rata-rata pengikut meninggalkan komen positif dan turut berbangga dengan pencapaian pereka fesyen asal Malaysia itu.
“Ini sangat epik, anda berdua sangat menakjubkan. Tahniah Rizman dan Rizaini, terus terbang tinggi,” kata rakan pereka, Hatta Dolmat.
“Tahniah buat anda berdua!” kata penyanyi Indonesia, Krisdayanti.
“Anda berjaya buat Naomi setuju pakai busana anda? Sangat hebat!” tulis satu komen yang lain.
Sumber: Utusan
|